Powered By Blogger

Friday, 15 February 2013

SEPOTONG KEK UNTUK HATI

Kenapa kek ya pembaca?

Kek itu acapkali bulat seginya...tanpa bucu,indah parasnya,dan yang penting...lazat rasanya.
        
       Kek itu umpama cita,cinta,kerjaya,dan seluruh nikmat  kurniaan Allah yang lain.Kek ini dianugerahkan Allah buat setiap manusia cuma tidak ramai yang sedari.Kelazatan dan keenakan kek itu bergantung kepada diri kita sendiri.

        Ramai antara kita tidak berlaku adil terhadap kek yang dimiliki.Kita menyangka seluruhnya adalah milik kita,tetapi kita silap.Jika kek itu benar-benar kepunyaan kita maka buatlah sesuka hati,tetapi kek ini milik Allah dan bukan hak kita.

         Mereka yang memahami kitaran dunia ini pasti tanpa rasa berat hati,mengagihkan seluruh kek itu seadilnya buat hati-hati lain di muka bumi,tetapi hakikatnya ramai yang menyimpan kek ini sehingga ia rosak dan tiada lagi manfaatnya.

         Pada hakikat kehidupan,jika segala yang ada pada diri kita termasuk setiap degup jantung ,kita berikan kepada manusia lain dengan penuh keberserahan kepad Allah kerana yakin akan kekuasaanNya,maka sebenarnya kita tidak rugi walau sedikit.

         Tiada istilah rugi kerana tiada apa yang boleh kita katakan sebagai hak milik kita.Semuanya dari Allah termasuklah nyawa ini.

          Jika kek tadi kita berikan seluruhnya untuk manfaat bersama,percayalah sebenarnya dengan sifat Allah yang Maha Pengasih pasti sepotong dari kek tadi akan tersimpan buat kita nikmati.

            Lihatlah betapa agungnya Allah dan betapa kerdilnya pemikiran dan pemahaman kita.

Kita selalu mengharapkan banyak perkara yang bukan milik kita.Kita berharap kita petah berkata seperti tokoh terkemuka,tetapi apa perlunya untuk Allah berikan kepada kita  jika tujuannya hanya mengejar dunia sementara,walhal Allah menyediakan syurga yang kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment