Madu itu manis!
Tetapi gula?
Gula juga manis... :)
Kenapa gula?.....Kenapa madu?....Kenapa manis?
Post Manis Madu,Manis Gula ilham dari Allah hasil pengalaman yang dikurniaNya dari seorang sahabat yang dikenali....Setinggi syukur buat ilahi dan semoga post ini dihayati pembaca dan kepada insan yang pernah dikenali.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....
Madu dan gula....dua benda yang berbeza dari rupa,warna,tetapi sama rasanya...yakni manis.
Kita,manusia umpama semut.Semut tertarik kepada kemanisan madu dan juga gula,namun,mereka tidak mengerti apa itu gula dan apa itu madu.
Apabila ada madu di satu sudut dan gula di satu sudut yang lain,mereka pasti menuju kearah madu yang lebih menyelerakan,lebih kuat aromanya,dan ,memandang sepi butiran gula.
Semut merasakan madu dan gula itu sama kerana kemanisannya bahkan mereka memilih madu atas beberapa tarikan yang melebihi gula.
Saat mereka merasakan madu itu adalah pilihan terbaik kerana rupa dan rasanya,mereka pada akhirnya mati kelemasan dalam kelikatan madu.
Setelah itu,barulah semut sedar bahawa madu itu tampak menyerlah,namun,gula adalah segalanya bagi mereka,dan gula lah apa yang mereka perlukan.
Walau keduanya manis dan madu itu lebih menawan,tetapi,madu hanya bisa membinasakan,manakala gula yang dipandang sepi merupakan nikmat yang berpanjangan.
Nahtijahnya,kita manusia berhak menyukai seseorang lebih dari seseorang yang lain dan juga berhak mengutamakannya,namun,boleh jadi orang itu umpama madu kepada kita,manakala,insan yang kita sisihkan itu merupakan gula buat kita.
Seterusnya kisah semut....akibat kelemasan dalam kelikatan madu,semut terus lupa akan nikmat kemanisan madu dan dalam masa yang sama telah mensiakan kelazatan dan kesempurnaan gula.
Nahtijahnya,kenapa setelah kita memperoleh suatu perkara yang kita dambakan dalam hidup kita,kita tiada merasa bahagia,malah berasa kosong tanpa makna?
Ini kerana kesilapan kita dalam membuat pilihan,dan pilihan yang kita sangkakan lazatnya madu,akhirnya,tiada makna dalam diri kita.
Pilihan yang telah kita ketepikan itu,boleh jadi gula,yang sebenarnya mampu memberi erti bahagia yang abadi dalam jiwa kita.
Semoga Allah merahmati kita dengan keberkatan dan rahmat kasihNya.... :)