Powered By Blogger

Wednesday, 1 May 2013

SETEGUK SIRAP,SESUAP KHUSYARI (Part 12)

Satu tenggang masa yang panjang untuk coretan kali ini.Bagi yang menanti dan merindui,semoga iman kian kukuh sebati dalam diri.

Kekuatan,kepakaran,kebijaksanaan,dan kearifan semuanya bergantung kepada ketenangan.

Ketenangan yang akan menentukan prestasi diri dalam apa jua situasi dan permasalahan

Soalnya,ketenangan dari segi apa?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ketenangan hati adalah seagung-agung ketenangan.

Hanya melalui iman dan takwa ketenangan hati mampu dirasai.Semakin bertambah iman,semakin subur ketenangan hati.

1)Sewaktu kita kecil,dikurniakan kita ibu bapa yang mampu meningkatkan iman kita.Alhamdulillah...hati ini merasa asas ketenangan

2)Bergelar seorang pelajar,guru dan ilmu pula penyebab yang meningkatkan iman dan seterusnya meneguhkan ketenangan hati

3)Bekerja dan memiliki harta seterusnya juga mampu meningkatkan iman dan menjadikan ketenangan hati itu sebati dalam diri.

4)Pernikahan...suami dan isteri pula peneman,pelengkap,dan pendorong kekuatan iman dan penenang hati.

5)Anak menjadi penguji bagi memantapkan iman dan menyempurnakan ketenangan hati.

6)Saat kematian...penyudah iman  dan ketenangan hati yang abadi.

#Fasa-fasa dalam kehidupan sebenarnya menyediakan kita untuk tenang dan bahagia saat terakhir kita di muka bumi dan permulaan pertemuan dengan Allah swt.

Tuesday, 2 April 2013

SETEGUK SIRAP,SESUAP KHUSYARI-PART 11

Masa itu pantas....
    Dalam kepantasan dunia berlalu,detik pengalaman dirasa lama dan bermakna,walau hakikatnya hanya sebentar.

Dalam kehidupan seharian,terdapat peristiwa yang tempohnya lama,namun tiada makna dan dirasa seketika.

Terdapat pula peristiwa yang pada hakikatnya seketika,namun dirasa bermakna dan puas melaluinya.

Itulah kuasa Allah dalam mengurus dunia...redhaNya terhadap masa kita yang menentukan nilai hakikat sesuatu peristiwa.

Ramai yang masanya lapang.Kita menyangka mereka inilah sangat beruntung.

Ada juga yang masanya padat.Kita mengira pastinya mereka ini rugi kerana terlepas banyak perkara.

Hakikatnya pembaca...tidak kira walau selapang mana jua masa kita,tanpa redha dan kehendakNya...jiwa merasa kosong dan segala masa itu berlalu sia-sia.

Juga walau sesibuk mana pun kita....jika redha dan ketentuanNya bersama...banyak yang mampu dirasa dan membawa 1001 kepuasan jiwa.

Carilah redha Allah...
   Carilah keberkatan masa...
Berilah sebahagian dari masa kita terhadap apa yang dirahmati Allah.

Luangkan masa untuk jalan agamaNya.Bantulah mereka yang kesusahan.Ceriakanlah mereka yang kesedihan.Temanilah mereka yang bersendirian.

InsyaAllah...kita akan merasa apa itu keberkatan masa dan melihat 1001 keajaiban dunia. :)

Tuesday, 26 March 2013

AKU DAN MEREKA DALAM DILEMA

Mengetahui dan memahami antara nikmat kurniaan Allah.Mengetahui intipati setiap kejadian merupakan asas kemanisan iman,manakala memahami perkara tersebut merupakan amanah yang dituntut dalam Islam.

Apabila kita dapat melihat dan mengerti disebalik setiap satu episod dalam kehidupan...amanah yang dipikul adalah menyampaikan agar rahmat Allah itu dapat dikongsi bersama.

Manusia ini kerap kali leka dan mempersoalkan banyak perkara dalam kehidupan.Walhal manusia itu sangat terbatas pengetahuannya dan Allah jua yang maha Mengetahui.

Kadangkala kita terlalu yakin dengan perancangan,kadangkala terlalu berbangga dengan pencapaian,terlalu leka mengejar tujuan,terlalu daif untuk menghargai nilai kasih sayang dan sebagainya.

Walhal Allah jua yang berkuasa atas segala perkara dan Dialah sebaik penentu.Segala puji buatnya,tuhan semesta alam.

Teguran dan penghinaan memang pahit untuk ditelan,namun percayalah,pasti hikmah itu di sisi jika kita mengetahui.Berlapang dadalah walau kita di pihak yang benar,kerana Allah jua sebaik pembalas dan sebaik perancang.

Pujian dan penghargaan sangat manis untuk santapan,namun waspadalah,kerana tipu daya syaitan yang menyesatkan kian hampir menelan.

Lakukan setiap satu perkara demi Allah...segala-galanya...walau tindakan itu bakal mendapat tentangan...usah risau,kerna pertolongan Allah itu hampir.

Sampaikanlah kebenaran walau pahit,sebarkanlah kasih sayang ke dalam setiap hati manusia...moga kelak,hati-hati yang subur dengan kasih sayang teguh berjuang demi Islam.

Semoga Allah merahmati setiap hati dengan nikmat hakiki memahami dan menghayati iman juga taqwa.

Monday, 11 March 2013

MANIS MADU,MANIS GULA

Madu itu manis!
    Tetapi gula?
Gula juga manis... :)

Kenapa gula?.....Kenapa madu?....Kenapa manis?

Post Manis Madu,Manis Gula ilham dari Allah hasil pengalaman yang dikurniaNya dari seorang sahabat yang dikenali....Setinggi syukur buat ilahi dan semoga post ini dihayati pembaca dan kepada insan yang pernah dikenali.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....

Madu dan gula....dua benda yang berbeza dari rupa,warna,tetapi sama rasanya...yakni manis.

Kita,manusia umpama semut.Semut tertarik kepada kemanisan madu dan juga gula,namun,mereka tidak mengerti apa itu gula dan apa itu madu.

Apabila ada madu di satu sudut dan gula di satu sudut yang lain,mereka pasti menuju kearah madu yang lebih menyelerakan,lebih kuat aromanya,dan ,memandang sepi butiran gula.

Semut merasakan madu dan gula itu sama kerana kemanisannya bahkan mereka memilih madu atas beberapa tarikan yang melebihi gula.

Saat mereka merasakan madu itu adalah pilihan terbaik kerana rupa dan rasanya,mereka pada akhirnya mati kelemasan dalam kelikatan madu.

Setelah itu,barulah semut sedar bahawa madu itu tampak menyerlah,namun,gula adalah segalanya bagi mereka,dan gula lah apa yang mereka perlukan.

Walau keduanya manis dan madu itu lebih menawan,tetapi,madu hanya bisa membinasakan,manakala gula yang dipandang sepi merupakan nikmat yang berpanjangan.

Nahtijahnya,kita manusia berhak menyukai seseorang lebih dari seseorang yang lain dan juga berhak mengutamakannya,namun,boleh jadi orang itu umpama madu kepada kita,manakala,insan yang kita sisihkan itu merupakan gula buat kita.

Seterusnya kisah semut....akibat kelemasan dalam kelikatan madu,semut terus lupa akan nikmat kemanisan madu dan dalam masa yang sama telah mensiakan kelazatan dan kesempurnaan gula.

Nahtijahnya,kenapa setelah kita memperoleh suatu perkara yang kita dambakan dalam hidup kita,kita tiada merasa bahagia,malah berasa kosong tanpa makna?
        Ini kerana kesilapan kita dalam membuat pilihan,dan pilihan yang kita sangkakan lazatnya madu,akhirnya,tiada makna dalam diri kita.
        Pilihan yang telah kita ketepikan itu,boleh jadi gula,yang sebenarnya mampu memberi erti bahagia yang abadi dalam jiwa kita.

Semoga Allah merahmati kita dengan keberkatan dan rahmat kasihNya.... :)

SETEGUK SIRAP,SESUAP KHUSYARI - PART 10

Mata itu anugerah penglihatan,
    Hati itu rahmat perasaan.

Semalam,hari ini,dan mendatang...kita terus ditemani perasaan.Dari hati lahirnya sinar perasaan.

Mungkin hari ini kita berasa tertekan,esok kita rasa gembira,hari berikutnya kita menangis kesedihan...Mengapa begitu bermacam perasaan menemani kehidupan?

Pembaca sekalian,itulah keindahan kehidupan,dapat merasai begitu pelbagai perasaan.Apa yang penting,perasaan itu benar atau palsu....

Mengasihi,mengasihani,mengerti,dan sebagainya perasaan itu sewajarnya tepat pada masanya dan sesuai pada tempatnya.

Dek kerana perasaan itu datangnya dari hati,maka hati itu yang sewajarnya dijaga.Manusia leka dengan perkara lain dalam diri hingga lupa kewujudan hati.

Hati yang baik bukan sahaja bererti hati yang mudah mengalah atau rela dilukai.Hati yang baik bermakna,hati yang melahirkan setiap satu perasaan terhadap segalanya secara sederhana.Namun,sentiasa mengandungi perasaan yang memuncak tinggi mengasihi Allah.

Ramai yang tidak membicara hal pengurusan hati secara halus dan terperinci.

Sebenarnya hati ini perlu dibina,dijaga,dibelai,dan dididik selari kewarasan akal yang sedar.Hati dan akal itu seharusnya seimbang dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Kerana itu hati diciptakan satu dan begitu juga otak manusia.Sebenarnya,pasangan hati itu adalah akal.

Dengan izin dan kurnia Allah,jika kita memahami dan menyedari,pasti sedih itu sebentar,gembira itu sebentar,kecewa itu sebentar.

Lemahnya ikatan antara hati dan akal,semakin lemah jua pegangan kita dalam kehidupan.Hasilnya,kita akan kian hanyut dalam arus yang membinasakan dan melalaikan

To be continue... :)

Sunday, 10 March 2013

1000 PENGHARAPAN, 1 PELENGKAP - PART 2

Kisah Embun Pagi,Pelangi,dan Bintang telah berlalu dibawa pergi....
   Kini...

Setapak Tanah cinta hamba dijejak...
   Selautan darah akan menjadi saksi...
Patah sayap rajawali...
    Bertongkat hamba tetap kemari...

Sebelas purnama keringat pahlawan hamba curahkan,terang dan kelam,dingin jua terik tetap penamat itu penyudah hakiki.

Sanubari segagah purnama membelah bumi,seutuh tembok Maharaja Cina,dan setajam Taming Sari .Langkah pahlawan kini ku jejaki...Perjalanan yang belum mampu ditafsir nujum istana dan pentafsir mimpi.

Fajar seusai subuh nanti akan menjadi catatan langkah hamba pergi untuk mencari....Mencari dan terus mencari emas dan perak kekayaan sejati.

Hari ini...hamba tangisi,emas dan perak seluas bumi bukan apa yang terpahat di hati.Hati hamba di puncak Melaka...Puncak Ledang nusantara.

Kasih abadi tuan puteri meracuni setiap penawar hati.Walau satu Melaka menikam darah pertiwi,tetap jua kehendak sultan hamba tentangi.

Daulat  sultan utuh di hati,namun lebur demi puncak ledang abadi.

Ledang itu pasti hamba daki demi satu rasa tewasnya Panglima Dinasti.

Teguhlah sabar di hati adinda....Takdir yang satu pasti  terbenam seribu nahkhoda hindi.

Rakyat Melaka punya impian....Moga impian kita kelak Ledang menjadi saksi.

Saturday, 9 March 2013

1000 PENGHARAPAN,1 PELENGKAP

Jam menunjukkan pulul 7.00 pagi...
   Semalam juga begitu...
Hari sebelumnya dan juga hari yang mendatang tetap menjanjikan perkara yang sama...

Sedekad,seabad,juga sealaf....manusia terus dengan pengharapan.Mengharap dan terus mengharap.Kita menjangkakan harapan itu adalah yang terbaik buat kita tetapi sebenarnya akal ini terlalu dibatasi untuk itu.

Masa akan terus berlalu pergi,Matahari dan Bulan akan terus silih berganti,Usia kian terlepas pergi,namun kita terlalu kaku dengan harapan hingga selalu melepaskan pelengkap itu pergi.

Kita terlalu menaruh harap kepada sesuatu yang kita rasakan 'terbaik' buat diri menyebabkan kita terlepas pandang sesuatu yang sebenarnya merupakan pelengkap diri terlepas pergi.

Manusia itu bebas untuk menaruh hati,tetapi sekali dalam seketika,lihatlah sekeliling dengan mata hati agar perasaan dan harapan tidak mengaburi keajaiban dan keindahan sebenar yang sepatutnya kita miliki.

Ini umpama kisah Embun Pagi,Pelangi,dan Bintang...

Acapkali kehadiran dan seri Pelangi terpancar kerna dilengkapi kehadiran Embun Pagi.Embun Pagi setia dan selamanya di sisi Pelangi.Kelembutan warna Pelangi bukan dikagumi tetapi sentiasa dirindui bagi mereka yang pernah menjadi saksi.

Bintang bersinar damai di malam hari.Jika di siang hari Pelangi yang dirindui,di malam hari,Bintang yang dimimpi.

Pelangi terus mengharap dapat bersama Bintang untuk mewarnai bumi.Pelangi terus mengharap hari demi hari untuk ketemu Bintang di malam hari.

Hari demi hari,bulan demi bulan,tahun demi tahun...Pelangi masih tidak ketemu Bintang.Selama tempoh itu,Embun Pagi terus membasahi dan terus melengkapi hari-hari sepi Pelangi.

Setelah sekian lama,ditakdirkan Embun Pagi lenyap pada suatu pagi....Pelangi yang selama ini giat menanti Bintang,hilang serinya dan bersendiri.

Pada saat ini,barulah Pelangi mengerti,bahawa,Bintang itu hanya harapan yang tiada pasti dan Embun Pagi  pelengkap diri yang sejati.

Tetapi Pelangi terlewat untuk memahami,kerana hari ini dan seterusnya,tiada lagi Embun Pagi untuk dihargai.Bintang yang dinanti tiada dijumpai,kini,Embun Pagi hilang dari sisi.

Semoga kita mengerti antara Harapan dan Pelengkap kehidupan ini.... :)