Mengetahui dan memahami antara nikmat kurniaan Allah.Mengetahui intipati setiap kejadian merupakan asas kemanisan iman,manakala memahami perkara tersebut merupakan amanah yang dituntut dalam Islam.
Apabila kita dapat melihat dan mengerti disebalik setiap satu episod dalam kehidupan...amanah yang dipikul adalah menyampaikan agar rahmat Allah itu dapat dikongsi bersama.
Manusia ini kerap kali leka dan mempersoalkan banyak perkara dalam kehidupan.Walhal manusia itu sangat terbatas pengetahuannya dan Allah jua yang maha Mengetahui.
Kadangkala kita terlalu yakin dengan perancangan,kadangkala terlalu berbangga dengan pencapaian,terlalu leka mengejar tujuan,terlalu daif untuk menghargai nilai kasih sayang dan sebagainya.
Walhal Allah jua yang berkuasa atas segala perkara dan Dialah sebaik penentu.Segala puji buatnya,tuhan semesta alam.
Teguran dan penghinaan memang pahit untuk ditelan,namun percayalah,pasti hikmah itu di sisi jika kita mengetahui.Berlapang dadalah walau kita di pihak yang benar,kerana Allah jua sebaik pembalas dan sebaik perancang.
Pujian dan penghargaan sangat manis untuk santapan,namun waspadalah,kerana tipu daya syaitan yang menyesatkan kian hampir menelan.
Lakukan setiap satu perkara demi Allah...segala-galanya...walau tindakan itu bakal mendapat tentangan...usah risau,kerna pertolongan Allah itu hampir.
Sampaikanlah kebenaran walau pahit,sebarkanlah kasih sayang ke dalam setiap hati manusia...moga kelak,hati-hati yang subur dengan kasih sayang teguh berjuang demi Islam.
Semoga Allah merahmati setiap hati dengan nikmat hakiki memahami dan menghayati iman juga taqwa.