Powered By Blogger

Monday, 4 March 2013

YANG CERAH ITU TERANG

Segala puji buat Allah,pencipta Agung dan pemilik Arasy yang tinggi.

Menanti untuk satu persoalan yang tiada lagi jawapannya bukan suatu yang mudah.
Yang terbaik hanyalah berpura seolah tiada apa yang menyelubungi diri.

Berperang dengan perasaan sendiri lebih sukar dari yang dapat dibayangkan.
Untuk menafikan sesuatu yang hampir mustahil dinafikan sangat menekan kewarasan.

Hari berganti hari,bulan berganti bulan....belum tentu ia pudar kerana itulah ajaibnya perasaan.

Semasa di bangku persekolahan,ada suatu nukilan kata yang sangat bermakna..."Orang yang paling sukar kita lupakan adalah mereka yang kita sayang,dan mereka yang kita benci".

Zaman itu juga telah berlalu...kian kematangan membina apa yang ditafsir sebagai benci umpama tidak wujud lagi,selari dengan tuntutan islam itu sendiri.

Sabda Muhammad pesuruh Allah,

"Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi sahabatnya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri".

Persoalannya,kadangkala tanpa dijemput,perasaan kasih itu tiba.Walau kita pemimpin sebuah negara,walau kita pahlawan gagah nusantara,walau kita penjenayah antarabangsa...kita semua tetap jua tewas kepada sifat kasih itu.

Keajaiban dari Allah itu jugalah yang telah mengukir indah setiap inci dunia.Dunia ini telah menjadi medan perperangan perasaan setelah sekian lama,namun,Kasih tetap unggul memayungi dunia.

Segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Pastikah kita apa yang kini kita kejari menjanjikan bahagia dan Redha Illahi?

Mampukah kita tersenyum pada saat hari tua apabila selama kehidupan ini kita memilih untuk terus bersendiri hanya demi sesuatu yang tidak pasti?

Semoga Allah kekal abadi,teguh di dalam hati. :)

No comments:

Post a Comment