Masa lalu terus dikenang,
Masa kini terus disulam,
Masa depan kian mendatang.
Meningkat usia pastinya membawa lebih asam dan garam kehidupan.Banyak yang telah dilalui....dan masih masa itu pantas berlari.
Setelah sekian masa mengajar dan membentuk diri,kita berubah dan terlupa sifat semulajadi kita.Kita menipu perasaan yang jelas masih terkesan di hati.
Pada suatu ketika kita merasakan kita tidak dibayangi lagi perasaan seperti masa lalu,tiba-tiba ia kembali.
Perasaan ini sukar untuk kita gambarkan dan kita perjelaskan dengan kata-kata.Hari ini kita membenci,keesokannya kita kasihan,hari seterusnya kita cemburu dan sebagainya.Ia bergerak dalam satu bulatan,silih berganti umpama siang dan malam juga umpama panas dan sejuk.
Perasaan ini dari akal?
Akal penentu diri manakala hati peneman abadi...
Kian meningkat usia,keputusan juga tindakan kian matang menerusi minda.
Akan tetapi,hati yang menemani,kadangkala melampaui keputusan akal.
Kadangkala kita mengetahui bahawa perasaan yang lahir ini datangnya dari hati,namun tidak banyak yang mampu kita nafikan menerusi akal.
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Dialah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu...
Inilah keajaibanNya...
Tanpa hati,akal itu mati.
Tanpa akal,hati itu beku.
Allah meletakkan hati dalam diri untuk kita merasa dan menikmati menerusi perasaan yang datangnya silih berganti.
Allah menciptakan akal untuk kita berfikir setelah kita merasa setiap inci suka,duka,tawa,dan bahagia.Rasa ingin memiliki dan ingin dimiliki...
Segala puji bagi Allah,Tuhan langit dan bumi...
Benarkah ini?
Perasaan sayang itu membawa kita merasa betapa indahnya sifat Pengasih Allah.Walau ia sedikit dan kerdil berbanding kasih Allah itu sendiri,tetapi ia sudah cukup membawa kita lena sendirian dengan senyuman.
Perasaan benci itu bukan suatu sifat yang baik tetapi ia tetap wujud.Adakah ia kesilapan Allah menciptakannya?
Perasaan benci itu perlu untuk beberapa etika kehidupan tetapi bukan terhadap kesemuanya dalam hidup ini.Indahnya ciptaan Allah apabila Sayang itu mampu memadam Benci,dan Benci mampu membatasi keterlampauan Sayang.
Sebagai bukti...
Dan janganlah kamu menikahi perempuan-perempuan yang telah dinikahi oleh ayahmu,kecuali yang telah lampau.Sungguh perbuatan itu sangat keji dan dibenci oleh Allah,dan seburuk-buruk jalan ditempuh.
(Surah an Nisa,ayat 22)
Sungguh Allah juga membenci....tetapi benci itu kerana Sayang.Segalanya dalam hidup ini bermula dengan Kasih Sayang....seperti permulaan setiap surah,yakni "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".
Seperti permulaan hidup kita sebagai seorang insan hasil ikatan Kasih Sayang dua hamba Allah di muka bumi ini.
Ketahuilah bahawa perasaan itu untuk dirasai dan bukti kekuasaan Allah.
Cintailah Allah,Muhammad pesuruhNya,dan mereka yang mencintai. :)
No comments:
Post a Comment