Mata itu anugerah penglihatan,
Hati itu rahmat perasaan.
Semalam,hari ini,dan mendatang...kita terus ditemani perasaan.Dari hati lahirnya sinar perasaan.
Mungkin hari ini kita berasa tertekan,esok kita rasa gembira,hari berikutnya kita menangis kesedihan...Mengapa begitu bermacam perasaan menemani kehidupan?
Pembaca sekalian,itulah keindahan kehidupan,dapat merasai begitu pelbagai perasaan.Apa yang penting,perasaan itu benar atau palsu....
Mengasihi,mengasihani,mengerti,dan sebagainya perasaan itu sewajarnya tepat pada masanya dan sesuai pada tempatnya.
Dek kerana perasaan itu datangnya dari hati,maka hati itu yang sewajarnya dijaga.Manusia leka dengan perkara lain dalam diri hingga lupa kewujudan hati.
Hati yang baik bukan sahaja bererti hati yang mudah mengalah atau rela dilukai.Hati yang baik bermakna,hati yang melahirkan setiap satu perasaan terhadap segalanya secara sederhana.Namun,sentiasa mengandungi perasaan yang memuncak tinggi mengasihi Allah.
Ramai yang tidak membicara hal pengurusan hati secara halus dan terperinci.
Sebenarnya hati ini perlu dibina,dijaga,dibelai,dan dididik selari kewarasan akal yang sedar.Hati dan akal itu seharusnya seimbang dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Kerana itu hati diciptakan satu dan begitu juga otak manusia.Sebenarnya,pasangan hati itu adalah akal.
Dengan izin dan kurnia Allah,jika kita memahami dan menyedari,pasti sedih itu sebentar,gembira itu sebentar,kecewa itu sebentar.
Lemahnya ikatan antara hati dan akal,semakin lemah jua pegangan kita dalam kehidupan.Hasilnya,kita akan kian hanyut dalam arus yang membinasakan dan melalaikan
To be continue... :)
Halo, Numpang Iklan yah
ReplyDeleteWaletbet, Agen Judi Online Bola dan Live Casino Terpercaya
Agen Judi Bola
Agen Judi Online
Agen Judi
Agen Bola
Agen Sbobet
Agen Bola Ibcbet
Agen Casino Online
Agen Terpercaya