Powered By Blogger

Sunday, 13 January 2013

SETEGUK SIRAP,SESUAP KUSYARI PART 4

Meniti usia remaja suatu perjalanan yang sangat indah...
     Perjalanan yang pasti kemas dalam lipatan memori...

Segala puji bagi Allah,Tuhan pemilik seluruh alam...

Menempuhi alam menengah selama setengah dekad memberi pengalaman yang berbeza.Disini telah mendedahkan saya dengan tingkahlaku manusia.Ini suatu cabang ilmu yang sangat tinggi nilainya.Sehingga ke hari ini,penafsiran tentang manusia masih banyak belum saya terokai.

Kita kadangkala lebih selesa untuk hidup sendiri tanpa dibayangi masyarakat,walhal itu antara sifat mereka yang rugi.Ada di kalangan kita yang lebih cenderung berteman buku berbanding mengikuti aktiviti atau program bersama masyarakat setempat dan ada juga yang tidak merasakan faedah meluangkan masa sesama teman...Rugilah kita jika kita tergolong dalam kalangan mereka.

Jika kita mengikuti dan meluangkan masa untuk program atau aktiviti bersama qariah(Jiran,Rakan Seperjuangan,Keluarga) apa pula faedahnya?

   

*Wahai manusia!Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu(Adam),dan Allah menciptakan pasangannya(Hawa) dari dirinya,dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta,dan peliharalah hubungan kekeluargaan.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.
      (Surah an-Nisa',ayat 1)

Lihatlah betapa tinggi nilai persaudaraan di sisi Allah.Apabila kita bertemu dan berpeluang atau terpaksa melusngkan masa bersama manusia,bersyukurlah kerana itu adalah nikmat dan ilmu kurniaan Allah.Apa yang sewajarnya tindakan kita?

1)Perhatikan seluruh tingkahlaku dan percakapan sesama kita
2)Fikir dan nilaikan tahap rasional setiap sesuatu itu.
3)Adaptasikan seluruhnya untuk diri kita (Buang yang keruh,Ambil yang jernih)

Sesungguhnya kesemua kita melalui zaman persekolahan,tetapi manfaat dalam bentuk apa yang kita peroleh.Adakah maksima tahap pembelajaran kita?

Pengalaman berada di bawah telah banyak mengajar saya untuk mengenali dan memahami hati manusia yang berbeza-beza.As the word says ,"Experience is the best teacher".Peluang dan nikmat yang Allah berikan kepada saya merupakan sesuatu yang lebih tinggi nilainya dari segala matawang dunia.

Walaupun berada di bawah merendahkan 'martabat'  kita di mata manusia,namun ketahuilah setiap yang terjadi itu ada hikmahnya dan sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Pengalaman ini membuka satu dimensi baru dalam hidup saya.Peluang merasakan sendiri perasaan mereka yang di bawah telah membuka mata saya tentang realiti dunia ini.Baik dari segi akademik mahupun soal hati dan perasaan.

Apabila sesuatu kata-kata atau keputusan dari saya pastinya ia berdasarkan pengalaman yang telah dilalui.Setengah perkara yang rugi di mata manusia,merupakan suatu yang menguntungkan jika kita mengerti.

Bagaimana kita mampu mendidik murid?
Sebenarnya pada perkiraan saya,bukan setakat ilmu,tetapi pengalaman.

Perlukah pengalaman bekerja selama 20 tahun atau 30  tahun?
Pengalaman itu telah dianugerahkan Allah kepada kita semua,cuma sedikit sekali mereka yang hendak mengambil pelajaran.Segala di sekeliling kita itu ilmu...buka pintu hati kita buat Allah agar dengan izinNya,banyak yang dapat kita pelajari.Konklusinya,walau tanpa pengalaman bekerja,kita mampu mebina kerjaya yang mampan berdasarkan sekian lama perjalanan kita di muka bumi ini.

Apa itu usia?
Ramai yang terus tertipu dengan angka yang dikatakan usia.Sebenarnya dinding usia ini yang telah membataskan minda,pemikiran dan tindakan kita.Usia hanya satu pengukur yang sementara tanpa ada nilainya.

Apa itu kematangan?
Inilah kayu pengukur buat diri setiap manusia di muka bumi.

Ramai manusia yang hanya tersedar bahawa kematian itu telah hampir apabila usia telah lanjut dan pada waktu itu barulah sibuk untuk mula beribadah dan mengenal Allah?Apakah semua permainan ini?Tatkala tidak berdaya baru mula mengenal pencipta?

Usia remaja seharusnya menjadi satu usia di mana kita telah bersedia dan mengerti hala tuju kehidupan ini.Usia remaja sewajarnya menjadi usia untuk kita aplikasikan segala yang telah kita pelajari.

Tetapi kita belum habis universiti?
Ilmu itu milik Allah dan jika kita serahkan diri kita...Allah pasti membimbing kita ke jalanNya yang lurus. “Dan telah Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (an-Nahl: 89)
Lihatlah betapa hebatnya ilmu di dalam al-Quran dan tingginya Kekuasaan dan Pengetahuan Allah.

Renungkan kisah Ibnu Sina...

        Nama lengkap Ibnu Sina adalah Abu Ali Husain Ibnu Abdillah Ibn Sina. Dalam dunia Barat beliau dikenal dengan nama Avvicenna.[2] Beliau lahir pada bulan Shafar 370 H/Agustus 980 M di Ifsyina (negeri kecil dekat Charmitan)[3], suatu tempat dekat Bukhara.[4] Orang tuanya adalah pegawai tinggi dalam pemerintahan Dinasti Saman.[5]Beliau dibesarkan di Bukharaia serta belajar falsafah kedoktoran dan ilmu-ilmu agama Islam. Ketika berusia sepuluh tahun,beliau telah banyak mempelajari ilmu agama Islam dan berjaya menghafal Al-Qur’an.[6] Dari Abu Abdellah Natili, Ibnu Sina mendapat bimbingan mengenai ilmu logika untuk mempelajari buku Isagoge dan Porphyry, Eucliddan Al-MagestPtolemus. Setelah itu,beliau mendalami ilmu agama dan metafizik Plato dan Arsitoteles.Dengan  kecerdasannya,beliau banyak mempelajari filsafat dan cabang-cabangnya, beliau berjayamemahami metafizik milik Arisstoteles, ketika ia membaca Agradhu kitab ma waraet thabie’ah li Aristho -nya Al-Farabi.[7]  Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada Isa bin Yahya, seorang Masehi. Meskipun secara teori  beliau belum matang, tetapi beliau banyak melakukan keberhasilan dalam mengubatiorang-orang sakit.[8] Beliau tidak pernah bosan atau gelisah dalam membaca buku-buku filsafat dan setiap kali menghadapi kesulitan, maka beliau memohon kepada Tuhan agar diberikan petunjuk, maka didalam tidurnya itu Tuhan memberikan penyelesaian terhadap kesulitan-kesulitan yang dihadapinya.[9]   Setelah bermur 17 tahun ,beliau telah dikenali sebagai DOKTOR dan atas panggilan Istana,beliau pernah mengubati pangeran Nuh Ibnu Mansur sehingga pulih kembali kesihatannya. Sejak itu, Ibnu Sina mendapat akses untuk mengunjungi perpustakaan istanayang terlengkap iaitu Kutub Khana.[10] Perpustakaan tersebut terbakar dan orang-orang menuduh Ibn Sina sengaja membakarnya, agar orang lain tidak  lagi berpeluang mengambil manfaat dari perpustakaan itu.[11]

Pernah diperkatakan bahawa Ibnu Sina mampu mengetahui apa tersirat di dalam badan manusia tanpa perlu membedah atau menjalankan proses X-ray.Bagaimana beliau mempunyai kelebihan ini?Adakah ini yang dikatakan manusia 1 dalam 1,000,000?

Ketahuilah bahawa sesungguhnya segala perkara dari Allah jua...

: “Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.” Surat Hud, ayat 92

Pembaca sekalian...marilah kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita buat Allah...dan kejarlah cinta Allah kerana inilah Cinta Teragung.

To be continue... :)

Friday, 11 January 2013

SOUNDS RIGHT...GOES WRONG :O

I'm listening.....
         Sounds right...goes wrong?

Thats what we called as Attitude.

We always taught that what we do and and what we act on are right...

Do we really have a good attitude?

Good attitude does not consider on what we comfartable with,but it is all about the acceptance and comfortability of  Others.

You may think you are highly dicipline person...but keeping your room tidy isnt part of it.According to you thats ok,but to other its not so,thus,you are not a dicipline person.

You think you are a clean person...but washing dishes isnt part of it,thus,you are not a clean person.

You think you care enough...but the rubbish upon your path arent your job,thus,you still lack of careness.

To develop the ultimate Great and Right Attitude,you just need  to fulfill 2 Basics requirements.

1)Believe in Allah and apply the whole set of Islam in life
     
     *Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu.
(Surah al-Baqarah,ayat 208)

Islam always taught us to be a well characterized person...but why many 'Muslims' having bad habbit,bad attitude,or unprofessional act?

~Because they are just Muslims(people with religion of Islam),but they are not the Believers(beriman).
~The believers shall practice the complete set of Islam.
~Which the Muslims usually didnt practice it well.

2)Think and look from the view of Others

~By this,you'll have a mirror upon yourselves.This mirror will give a clear view of your attitude for you to develop it well.

Good attitude as taught in Islam lead to a Harmony life and a peaceful world for living.We shall develop this well in order to provide a better world for living.Others will attracted to Islam by a good Attitude by the Muslims.

Play your role well and together...Allah will lead us towards Success.

-ATTITUDE IS A LITTLE THING WHICH MAKE A BIG DIFFERRENCE-

      

Thursday, 10 January 2013

SETEGUK SIRAP,SESUAP KUSHARI PART 3

Permasalahan,tekanan,dan cabaran...
                              3 elemen ini merupakan teman setia saya sejak sekolah rendah lagi.Berbeza dengan teman sebaya yang lain,tahap kritikal 3 elemen ini berada pada paras yang tinggi buat saya.Pada awalnya,perkara ini sangat menjejaskan emosi diri tapi dengan izin Allah,adaptasi diri berkembang dengan sangat pantas.Hasilnya,pembinaan perwatakan diri berjalan mendahului usia diri.
                   
        Sejak dari kecil,saya banyak mempelajari permasalahan  mereka yang lebih dewasa.Permasalahan mereka pastinya berpaksikan krisis terutamanya dalam perhubungan.Bagaimana saya boleh belajar?

         Ditakdirkan oleh Allah sebagai anak dan cucu pertama dalam keluarga telah memaksa saya bekerja setara dengan generasi yang lebih dewasa.Pergaulan dan interaksi saya lebih tertumpu kepada mereka yang jauh lebih berusia.Apa topik yang mereka bicarakan,itulah juga topik saya.Sewaktu rakan seusia sibuk berbicara tentang animasi dan dunia fantasi mereka,saya telah sibuk bertanya tentang perkara dan cabang pemikiran yang lebih dewasa.

           Seperti nukilan nusantara,
                                                                sebagaimana acuan,begitulah juga kuihnya.

Menerusi didikan Ayahanda ,Bonda dan juga mereka yang lebih dewasa,saya telah didedahkan dengan realiti dan cabaran kehidupan dunia masa kini.Inilah yang dikatakan sebagai subjek diri....Pengalaman dan didikan yang membina karakter individu.Hasilnya,saya lebih selesa berbual dan berinteraksi dengan mereka yang lebih berusia seperti setara dengan ibubapa atau kedua nenda tercinta.
  
          Boleh saya katakan,sejujurnya,mereka yang seusia saya anggap sebagai adik atau anak berdasarkan tahap pemikiran dan penilaian mereka.Ada juga mereka yang seusia bergerak selari dengan saya meninggalkan angka usia jauh di belakang. Asas ini yang telah merencana diri sejak kecil lagi.

           Apa antara yang telah ditakdirkan dan dianugerahkan Allah buat saya?

1)Disiplin diri     : Kita boleh terus berbangga dan mengatakan kita lebih berdisiplin,tetapi sejauh mana dan itulah persoalan utama.

2)Kestabilan emosi : Terus terang di sini bahawa setelah banyak keperitan dan tekanan yang saya lalui,kestabilan emosi sangat setia menemani.

           Banyak lagi yang telah saya pelajari secara sedar atau tidak sedar. Perkara pokoknya,kebanyakan manusia walau telah berusia masih tidak mampu membina kemampanan diri secara menyeluruh.Bagaimana hal ini terjadi?Ini kerana kita tidak membuka pintu hati untuk ,mempelajari dan menundukkan diri kepada Allah yang memiliki langit dan bumi.Segalanya milik Allah,jika kita sudi menerima,mempelajari,membuka pintu hati,dan mendampingi Allah,sekelip mata Dia boleh memberi.

Menerusi subjek diri,saya mempelajari subjek manusia.Ditakdirkan oleh Allah untuk menjejak kaki dan menimba pengalaman di Sekolah Berasrama Penuh sejak awal remaja lagi yakni seusai tamat Sekolah Rendah menjanjikan kejutan yang sangat menguji.

             Jika di sekolah rendah subjek diri melebihi subjek manusia,di sini,keduanya bergerak hampir selari meskipun sememangnya subjek diri sentiasa melebihi.Sebelum ini saya banyak mempelajari dari mereka yang lebih dewasa,kini dari mereka yang seusia.Bagi saya,mereka yang dewasa adalah mereka yang lebih tua melebihi 15 tahun dari saya.Selain dari itu saya anggap sebagai seusia dengan saya.

               Berbezanya disini,teman seusia masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan mereka sangat cenderung berbuat kesilapan.Dari kesilapan dan kelemahan mereka saya ambil,ubah suai dan terapkan dalam diri.Terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki ekoran kesilapan demi kesilapan yang membayangi memberi saya satu peluang dan alternatif untuk meningkatkan kualiti diri dan membina keupayaan diri.

Pembaca yang disegani,
                    sebenarnya segala ini saya sedari setelah satu jangka masa yang lama,yakni setelah tamat zaman persekolahan.Perkara yang menjadi penekanan disini adalah kemahuan kita untuk mempelajari!Pada zaman persekolahan mana mungkin saya tahu semua yang dilalui dan saya cuba pelajari membantu meningkatkan kualiti diri..

                  Pada waktu itu,saya mula belajar dari tindakan mereka terhadap diri yang tidak saya senangi dan tindakan sesama mereka yang tidak sebahagian mereka senangi.Pendek kata:

1)Tindakan negatif terhadap diri saya
2)Tindakan negatif terhadap teman mereka

                   Apa sebenarnya yang terjadi?Setiap perkara yang tidak saya dan juga individu lain senangi telah saya persoalkan dan saya bahaskan dalam diri...Seperti,"Tidak mungkin normal bagi manusia untuk membicarakan kata-kata keji"."Tidak mungkin manusia hanya pandai meminta,tetapi tidak memberi"."Tidak mungkin dengan perwatakan sebegini masyarakat akan harmoni".

                 Ramai yang sangka perkara ini permasalahan kecil,tetapi jika kita tidak mahu belajar dan membina diri,hasilnya:

1)Kakitangan syarikat dan perkhidmatan tidak menepati masa.Dalam hal ini,orang lain yang menjadi mangsa akibat kelalaian mereka.Sepatutnya,7.30 waktu bekerja,tetapi tidak,mereka sangka 7.30 waktu mereka perlu tiba.Dalam hal ini,jika 7.30 waktu bekerja,maka,pukul 7.00 sudah tiba.

2)Tenaga profesional yang 'profesional'.Sebagai contoh,doktor...hal ini antara yang heboh diperkata serata negara.Doktor pakar atau Doktor senior boleh bertindak sesuka hati ke atas doktor pelatih.Mereka boleh bertindak sesuka hati mereka sambil mencabuli hak asasi manusia seperti yang telah digariskan dalam "Declaration of PBB".

                   Cuba fikirkan mengapa ini terjadi?Ini hasil dari sikap negatif yang telah sebati sejak dari usia muda lagi.Sikap yang sudah sebati pasti sukar untuk dibuang dari diri.

                    Apa yang penting disini,bukan mereka,tetapi KITA.Jika kita tidak sukai sesuatu itu,tidak perlu kita mengeluh dan memaki....Kita hanya perlu senyum,bersyukur pada Ilahi,dan belajar agar kesilapan sama tidak berulang lagi.

Terdapat tiga langkah utama di situ:
1)Senyum
2)Bersykur pada ilahi
3)Belajar agar kesilapan yang sama tidak kita ulangi

Tetapi pembaca sekalian,realiti hari ini,termasuk kita,hanya pandai 'COMPLAIN'!Bukankah setiap yang terjadi tu rahmat dari Allah!

                     Inilah antara perkara yang saya pelajari pada usia muda.As the word says,"Action speak louder than word" and  "less talk,more action".Quotes bukan satu kata azimat bagi saya,tetapi satu konklusi bagi setiap pengalaman sendiri.When I say it,I meant it.

Pasti masih ramai yang tidak mengerti bahawa setiap perkara di muka bumi ini adalah rahmat Allah.Sakit,kecewa,cedera,musibah dan sebagainya juga merupakan rahmat Allah jika kita belajar bersyukur dan berfikir.Sesungguhnya...

*Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?
                       (Surah ar-Rahman,ayat 16)

Janganlah kita mendustakan segala nikmat Allah.Walau perkara itu tidak kita sukai,sesungguhnya ia mungkin rahmat Allah cuma kita tidak mengerti.

Di dunia ini,tidak ramai yang mampu bersabar apabila diuji,tetapi lebih sedikit yang tidak mensyukuri nikmat Allah.

To be continue ....

Wednesday, 9 January 2013

SETEGUK SIRAP,SESUAP KUSHARI-PART 2

Zaman persekolahan...
                                              Lebih dari satu dekad  di bangku sekolah menjadi satu wadah yang membina diri.Bermulanya alam sekolah rendah...

          Selain dari 5 matapelajaran yang diperkenal menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR),subjek-subjek tentang diri,manusia(diri,keluarga,rakan,guru,dan masyarakat) turut dipelajari secara tidak langsung 24 jam sehari selama 6 tahun.

           Skop subjek tentang Diri merupakan asas untuk menguasai subjek tentang Manusia.Sebagai insan pertama untuk generasi di dalam keluarga asas dan keluarga kembangan telah menjanjikan satu laluan dan pengalaman yang cukup berbeza.Siapa yang merancang segala usaha yang begitu tepat dan terperinci ini?Segala pujian buat Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

*Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya,tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak Diketahui-Nya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering ,yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuzh).
(Surah al-An'am,ayat  59).

Ya Allah sesungguhnya kami berserah diri kepada ketentuan Mu ya Allah...

*Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik baik bagi mu dan boleh jadi  kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Baqarah,ayat 216)

Setelah sampai ke hari ini,saya bukan sahaja cuba mempelajari sesuatu yang baru,tetapi turut mempelajari dan memahami masa silam saya kerana dahulu saya telah melaluinya tetapi tidak berupaya untuk memahaminya.

Subjek Diri...
                          Pada era sekolah rendah,subjek Diri banyak saya pelajari secara langsung dan tidak langsung dari Ibu dan Bapa juga dari persekitaran.Saya boleh katakan bahawa tempoh pembelajaran saya ini tidak serupa dengan kebanyakan orang.Ibu yang telah banyak menerapkan pengajaran secara teori dan bapa pula secara amali.
                          Sepanjang zaman sekolah rendah,mereka merupakan teman saya yang paling akrab,sebahagian besar dari masa saya adalah bersama mereka.Didikan yang mereka terapkan secara sengaja atau tidak(pemerhatian dan pemikiran sendiri) memberi satu asas yang kukuh untuk saya mempelajari subjek Manusia pula.
                           Apa yang telah saya lalui ketika itu mengambil tempoh lebih dari sedekad untuk saya fahami.Sesungguhnya ketentuan Allah itu sangat teliti.Segala puji buat Allah tuhan seluruh alam.
                           Antara yang saya sedari,didikan mereka itu berjaya memmbentuk asas kestabilan hati,emosi,dan jasmani.Semua itu hanya kerana izin dan belas kasih Allah yang Maha Penyayang.

                           Antaranya: 1)Walaupun rumah kami akan dikemas oleh pembantu rumah,tetapi kebanyakan urusan masih dilakukan sendiri.Tugas saya terhadap diri sendiri dan juga keluarga.Alhamdulillah banyak yang saya pelajari kerana dalam pemerhatian saya,hanya saya yang berpeluang merasai pengalaman ini sedangkan adik sendiri yang beza umur tidak begitu jauh tidak berpeluang.

                                                   2)Saya akan dilatih kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu saintifik.Adik saya juga begitu,namun corak pengajaran dan penekanan itu sangat berbeza.Hukuman terhadap kesalahan yang saya lakukan,saya tidak yakin pembaca semua sanggup merasakannya.
         
*Pasti ada pembaca merasakan bahawa wujud pilih kasih atau penderaan,tetapi percayalah,sangkaan itu sangat tidak tepat kerana hubungan kami(anak) dan ibubapa lebih akrab dari teman-teman.Boleh saya katakan sehingga kami tidak langsung menaruh terhadap apa yang kebanyakan orang membicarakan sebagai 'Best Friend'.Come on!Our best friends are our Parents.

                              Tetapi contoh di atas hanya didikan yang telah ibubapa saya rancangkan.Itu boleh saya katakan hanya sebahagian kecil dari pembelajaran.Kebanyakannya dari tindakan yang mereka tidak sengajakan.Dari situ ,baru saya faham bahawa Allah merupakan sebaik penentu,alhamdulillah.Perkara yang tidak dirancang selalunya datang dalam bentuk yang menyakitkan dan ketahuilah bahawa perkara itu tetap akan terjadi....Yang membezakannya sama ada kita berfikir dan belajar darinya atau tidak...

* Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu mempergunakan akal?(QS Al An'am: 32)

* Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".(QS As Syu'araa': 28)

Perkara yang tidak dirancang sangat menyakitkan dan juga mampu membuatkan kita mempersoalkan ketetapan Allah,namun berfikirlah tentang manfaat dari ketetapan itu.Jika kita terus berfikir kita akan mempelajari tetapi jika kita hanya menyalahkan takdir,kita akan tetap sedih juga kerugian ilmu dalam bentuk pengajaran.

*Keep smiling....to be continue... :)

Tuesday, 8 January 2013

SETEGUK SIRAP,SESUAP KUSHARI

Sirap...
               Minuman yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.Dari rumah terbuka hingga ke majlis perkahwinan,air sirap pasti tersedia.Jika berkunjung pada hari raya,tidak banyak,satu rumah pasti sirap jua yang disedia.Warna merahnya sahaja cukup  untuk mengalih perhatian kita,apatah lagi rasanya.

Kushari...
                    Makanan yang lazimnya dihidangkan di dalam mangkuk semasa masih panas,khas dari dapur.Campuran nasi,makaroni,kekacang,kacang kuda dan bawang goreng menjadi makanan popular rakyat Mesir dan juga dianggap sebagai makanan kebangsaan.Berkunjung ke Mesir tanpa merasa Kushari pasti rugi semata.

Memetik kata pujangga,
                                                 Ilmu tanpa amal,umpama pohon tanpa buah.

Pengalaman mengajar kita banyak perkara dari membilang dan mengeja sehinggalah membina dan mencipta.Perkongsian pengalaman itu insyaAllah memberi manfaat kepada seisi dunia.Jika hari ini kita seorang Angkasawan yang ternama,jika hari ini kita Jurutera yang pintar mencipta,jika hari ini kita pejuang agama,bangsa,dan negara,semuanya bermula dari pengalaman seorang guru biasa.

Dengan pengalaman barulah hidup ini mudahnya dirasa dan manisnya dikongsi bersama...

                        Sebagai manusia biasa,kita semua mempunyai sejarah,latar belakang,dan pengalaman yang berbeza...Dan ini kisah saya...

                       Sebagai insan biasa,saya juga dilahirkan bersama cita-cita...masa berlalu begitu pantas dan sebagai pengembara masa,semuanya yang dilalui dan akan dilalui suatu yang sangat bermakna.

                       Dahulu saya merasa bahawa kadangkala takdir dan ketentuan sukar diterima namun setelah sekian lama,barulah diri ini mengerti bahawa "Things happen for reason,and learn to view this world from various angle".

                        Ditakdirkan untuk sentiasa mengembara sepenuh masa telah mempertemukan saya dengan 1001 insan yang berbeza.Antaranya,mereka yang saya temui dari kalangan yang berusia tetapi tindakan dan keputusan mereka masih mentah.Tetapi ada pula yang saya temui,usianya muda,namun kematangan mereka jelas terserlah.Sebagai konklusi,"Usia bukan pengukur buat kematangan seseorang,tetapi keputusan dan tindakanlah yang menjelaskan keadaan".Itulah antara kata-kata seorang dari pendidik saya yang saya amat kagumi.

                        Membesar bersama mereka yang berbeza latar belakang,budaya dan agama merupakan suatu yang sangat bermakna kerana masa-masa bersama mereka telah mengajar saya untuk berfikir dan mencapai satu konklusi penyelesaian.

                        Ada antara manusia sering bertanya kepada seseorang yang mereka kagumi siapa pendidik mereka tetapi percayalah,sebaik-baik pendidik ialah Allah yang Maha Bijaksana.Segala yang saya tempuhi pada usia muda boleh saya katakan tarbiyyah secara langsung dari Allah dan begitu juga dengan kita semua.

                        "Things happen for reason,and learn to view this world from various angle".Pasti ada yang telah ketawa pada awalnya dengan berkata...'Thats basic,and everyone knows it'.Percayalah kata-kata saya bahawa ramai yang MENGETAHUI(Tinggi Ilmunya) tetapi sedikit sekali yang memahami.

                        Kayu pengukur bagi kesimpulan tersebut adalah apabila dunia ini sangat aman untuk didiami maka pada ketika itu barulah ramai yang telah memahami.Untuk menguji,saya bawakan satu contoh...

                         *Kita melintasi padang bola dan ketika itu azan maghrib sedang berkumandang.Kita melihat seorang remaja bersama temannya baru sahaja hendak pulang...

1)Tanggapan awal kalian pastinya terdetik bahawa,"Remaja zaman sekarang,apa nak jadi,main sampai leka tentang kewajiban terhadap Allah".

2)Tetapi berapa ramai sahaja yang akan berkata bahawa,"Kemungkinan remaja-remaja ini lewat disebabkan majlis ilmu dalam kalangan mereka".

#Pasti para pembaca tidak akan percaya dan sekerasnya menidakkan kata-kata itu.Percayalah,kerana saya pernah berada di tempat  remaja itu.

Situasi sebenarnya...setelah sesudah bermain beberapa teman yang lebih muda telah bertanya dan ingin berbincang tentang beberapa perkara dalam agama bersama saya.Setelah seketika 'terleka',azan pun berkumandang dan kami terus pulang.

SOALNYA,bagaimana saya tahu apa yang masyarakat fikirkan di minda mereka?Bukankah tidak baik untuk bersangka buruk?
*Dengan izin Allah,saya telah disergah dengan kasar kerana peristiwa itu dan hasilnya barulah saya ketahui bahawa rata-rata antara kita memang berfikiran demikian hasil beberapa tinjaun setelah itu.

Dan pastinya ramai dalam kalangan pembaca,jarang sekali atau tidak langsung terdetik tentang kata-kata yang  kedua =  (2).Jadi sudah terbukti bukan,bahawa ramai yang Mengetahui,tetapi sedikit sekali yang Memahami.

*Bacalah,dan Tuhan-mulah Yang Maha Mulia.
*Yang mengajar(manusia) dengan pena.
*Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
*Sekali-kali tidak!Sungguh ,manusia itu benar-benar melampaui batas.

(Surah al-Alaq,ayat 3-6)

#To Be Continue... :)

Monday, 7 January 2013

WELCOME TO THE MAGICAL WORLD

Ladies and gentlemen....
                       I'm about to present you,
The Magical World....

The destination which a dream may come true:

82. Verily, His Command, when He intends a thing, is only that He says to it, "Be!" and it is!
        (Yassin,82)

When you dream of something even it doesn'make sense,just continue to believe as Allah will always there for your dream to come true.

The land where 2 is better than 1 :

6. Glory be to Him Who created everything in pairs of those the earth grows and of themselves as well and, (moreover,) of the things they do not know.
      (Yassin,6)

When you are about to give up as you are alone,you should know that even your heart exist in pair as in your soulmate.You will never walk upon this path alone dear.

The hot ignited by the cold :

80. He Who produces fire for you out of the green tree so now you kindle fire with the same!
(Yassin,80)

Thats what green are meant for...Green are meant for red and Cold are meant for Hot.
When you are about to 'explode'(due to angry),you just need to calm as thats how things work.

The undefeated battles :

56. And whosoever takes Allah, His Messenger, and those who have believed, as Protectors, then the party of Allah will be the victorious.
(Maidah,56)

*Through out your age,the battles of life meant to be won,as long as your companions are  Allah,the Prophet and the religious and good people.

A place of talking mud :

2. (Allah) is He Who created you from mud (i.e. originated from it chemical genesis of human life on the planet Earth). Then He fixed a term (for you to die). And with Him alone is the appointed time (for holding the Day of Resurrection); yet you doubt.
(al-an'am,2)

*We are nothing till the day Allah create us and equip us well with mind or not we are just a priceless mud.

Luxury is a funfair here :

32. (The luxury) of the worldly life is nothing but play and funfair, and certainly it is the home of the Hereafter which is better for the Godfearing. Do you not understand (this reality)?

*Funfair  is meant for laugh and jokes which Luxury is part of it.Stop being kids in a 'Funfair'!
(al-an'am,32)

#Lets enjoy our life in this Magical World by worshiping Allah the Almighty.You dont need your eyes to see the magical world,just your heart to be consider .

Sunday, 6 January 2013

NILAI SEBARIS KATA

Manusia itu kita...
                   Diciptakan lemah sepanjang usia...

Jatuh dan bangun perkara biasa...
                    Jika kita menghargai nilai sebaris kata.

Situasi pertama:
                     *Saya seorang bapa,dan anda pembaca, merupakan anak saya.
                        Anak saya ini sering bergaduh dengan saudaranya.                                                                                Teguran harus dilaksana,tetapi soalnya bagaimana?

1)Dad : Stop fighting,hating, and arguing with your brother.
                                             @
2)Dad : You should love your brother  dear.

#Kedua-duanya membawa satu tujuan yang serupa....iaitu,"Berhenti Bergaduh".Tetapi mesejnya jelas berbeza.

#Ayat pertama merupakan ayat negatif  dan ayat kedua merupakan ayat positif.

Situasi kedua    :
                      *Anda pembaca pula seorang bapa,dan saya sebagai anak.
                         Bapa saya seorang yang melaksana dosa.    
                         Nasihat harus disegera,tetapi soalnya bagaimana.

1)Child : Thats a sin and God dislike it dad.You should leave it.
                                              @
2)Child  : God love you daddy.Lets pray together.

#Kedua-duanya membawa satu tujuan yang sama...iaitu,"Bertaubatlah!".Tetapi mesej yang dibawa,cukup berbeza.

Situasi ketiga      :
                        *Anda seorang warga emas,dan saya seorang remaja.
                           Saya membantu anda dan anda berkata bahawa anda tiada apa untuk diberi.
                           Apa yang sewajarnya dijawab sebagai remaja?

1) Remaja : Saya tidak mengharap apa-apa.
                                              @
2) Remaja : Terubat rindu terhadap ibu saya dengan membantu makcik.

Situasi keempat   :
                          *Saya seorang yang berjaya,pembaca pula seorang yang sederhana.
                             Anda mengkaguminya dan pantas memuji.
                              Apa pula yang harus saya perkata?

1)Berjaya : Jangan berputus asa untuk berusaha.
                                             @
2)Berjaya : Teruskan usaha kerana kejayaan itu milik kita semua.

#Cuba pembaca fahami antara ayat 1 dan 2.Ayat 1 merupakan ayat negatif dan ayat  2 pula ayat positif.

#Bukankah maksud dan tujuannya sama sahaja...

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti.Allah Maha Kaya,Maha Penyantun.(Surah al-Baqarah,ayat 263)

Memetik garapan blog dari seorang yang cukup saya kenali,:

* View the world from different angle,because it is a Sphere.

Sampaikan mesej yang sama,tetapi dengan susunan kata yang berbeza.

Inilah yang dikata,Nilai Sebaris Kata...Dilihat serupa,tetapi nilainya cukup berbeza.

Ketahuilah bahawa...
                                           Sesiapa yang beriman kepada Allah,harusla dia berkata yang baik atau diam.(Riwayat Abu Hurairah,Abu Syuraih)

Benarkah kata-kata itu bernilai dan perlu dijaga?
                                            Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu mencatat.(Surah Qaf,ayat 18)

*Nasihat itu suatu yang baik dan membina jika kata-kata yang diguna tinggi nilainya,Nasihat suatu yang sia-sia jika kasar tutur bicara.

*Nasihat itu suatu dakwah,tetapi caranya harus diketahui.Jangan nasihat yang disangka dakwah berubah menjadi nasihat yang mencemar dakwah.

Semoga Allah memelihara tutur bicara kita untuk dunia yang lebih ceria :)

                          
       

Saturday, 5 January 2013

SEBUTIR PERMATA YANG HILANG

Hari berganti hari,
                                    Masa berganti masa,
Permata milik diri,
                                     Hilang tanpa berita.

Bagi yang telah memiliki ,tiada apa yang lebih nikmat di dunia ini....

Inilah yang dikatakan permata,perumpamaan bagi iman...

Teruslah berusaha untuk mencari dan semoga di antara butiran pasir,kita ketemu permata iman.
Semua boleh mendabik dada mengaku keimanan....hakikatnya hanya kita yang rasa dan Allah jua yang mengetahui.

Jika benar sekalipun kita beriman...
                     Apakah manusia mengirabahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
                      Dan sungguh ,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
                                                                                 (Surah al Ankabut,ayat 2-3)

Jika diri kita antara mereka yang beriman...
                      
“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat".
                                                                                  (Surah al-Mujaadilah,ayat 11)

Dan orang-orang yang beriman itu...                   
                 
                     *Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
             
                                             *(yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya,

                      *dan orang yang menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak berguna,
        
                                               *dan orang yang menunaikan zakat,

                       *dan orang yang memelihara kemaluannya,

                                                *kecuali terhadap isteri-isteri atau hamba sahaya yang dimiliki,
                                                   maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
                                                                                     (Surah al Mu'minun,ayat 1-6)

Atas dasar ukhuwah dan kasih sesama kita,semoga kita akan terus mencari...
           Mencari sebutir permata keimanan.

Dan bersama kita pelihara permata ini agar tidak ia menjadi...
            Sebutir Permata Yang Hilang.

                      

Friday, 4 January 2013

HINGGA KE AKHIRNYA

Bunyi yang sangat asing memenuhi segenap ruang....Segalanya begitu asing.
Kini aku di mana???Ku tanya hati...tiada jawab balas kedengaran.Ku bertanya pula kepada Matta,"Aku di mana?".Sebentar kemudian Matta tiba membawa berita.

   Matta:        Tahukah tuan bahawa berita yang hamba bawa tingginya melebihi puncak Ledang,         luasnya pula merentasi lautan bintang-bintang.
Aku     :             Katakan sahaja wahai Matta,kita telah bersahabat lama,tempohnya sahaja melebihi 1000 kurun.
Matta   :         Jika itu yang tuan pinta...seluas pemandangan hamba relakan.Tuan kini berada di satu persinggahan yang likunya sahaja sejauh kaki ini mampu melangkah dan  cabarannya pula sedalam melebihi segala kudrat untuk diselam.
Aku       :          Adakah ini persinggahan yang pernah dikunjungi pasangan dari syurga,yakni Adam dan Hawa.
Matta     :         Hamba ingin sekali menidakkannya,tetapi benar sekali tekaan tuan itu.

Detik pertama diriku bergelar saudagar di bumi yang asing ini.
            Pantas sekali pesaingku masa berlari.Baginya penat dan berhenti itu tiada.
Suatu ketika setelah sekian lama tidak ku berbicara dengan temanku Matta...

Matta      :      Tuan,kelihatan kedatangan tuan sangat dialukan,sehingga ulang tahunnya dijadikan sambutan.
Aku         :       Barangkali,bonda Permaisuri dan Ayahanda Sultan yang terlalu berbesar hati.
Matta      :       Pastinya ini suatu yang istimewa wahai tuan...Lihat sahaja pada hidangan,hamba kira tidak cukup meja kesudahannya.Pemberian pula seperti tiada akhirnya.Apa yang pasti tetamunya dari kalangan kerabat sahaja.
Aku          :      Segalanya sangat baru bagiku...tanpa sahabatku Dimn,sukar untuk ku mengerti.
Mata      :        Usah khuatir tuan,hamba dan Rae pasti terus di sisi menyampai segala berita sepanjang majlis ini.

Hari keputeraanku yang pertama sebagai bakal pewaris takhta utama dari Ayahanda Sultan dan susur galur keturunan sebelumnya lagi berlangsung gilang-gemilang.Apa yang pasti,di usia ini,banyak yang tidak ku ketahui.Tampaknya seperti masih banyak untuk dipelajari.

                  Setelah hari itu,teman setiaku yakni Matta dan Rae telah berangkat untuk mempelajari ilmu-ilmu di bumi ini.

Aku          :        Matta,berangkatlah kamu ke luar dari kota ini demi kebaikan,dan sesungguhnya keadaan memaksa kita tanpa pilihan.
Matta       :         Menurut perintah tuan.Selagi tunggangan hamba ini terus melangkah,selagi itu tidak hamba pulang.Jauh sekali untuk berputus asa.
Aku          :         Pastikan kata-kata mu itu tidak terhakis ombak membadai pantai.Rae,jadilah pengiring setia Matta.Bersamanya kalian ,pasti  manfaat jua yang diperoleh.
Rae          :         Telah jodoh kami untuk bersama,Tuan.Berjauhan pun tidak,apatah lagi berpisah,tentu sekali tiada wahai tuan.

                     Itulah kali terakhir aku bersama temanku yang berpasangan itu.Pastinya hari yang kami bersama nantikan akan tiba jua.

Thursday, 3 January 2013

UKHUWAH...GATEWAY OF HAPPINESS

I  walk upon a path,
                                      Its unpredictable one,
My nerve broke,
                                I'm falling.

Readers,
                 upon falling we finally realised,
                                                                               we  are not alone and never be so.

After Allah and His messenger....
                                                                 last but not least souls meant for  us.
          
                      

1. O mankind! Be dutiful to your Lord, Who created you from a single person (Adam), and from him (Adam) He created his wife [Hawwa (Eve)], and from them both He created many men and women and fear Allah through Whom you demand your mutual (rights), and (do not cut the relations of) the wombs (kinship) . Surely, Allah is Ever an All-Watcher over you.
                                                                                                         (Surah an-nisa',1)

We really not alone right? :)

We have each other and between us is the ultimate bonding which is UKHUWAH.

Ukhuwah...
                       It is not as simple as "We are friends".It is always more than that.
It is everything...
                                 It should be strength among each other.
                                  It should be voices when we couldn't  speak.
                                 It should be the eyes when we couldn't see.

The iman of a muslim isn't complete,till the love for him/herself equal towards their mates.
                                                                                                             (Bukhari and Muslim)

The day when Ukhwah is in your map,
                                                                           you'll realised that ....you reached the gate of happiness.

*Learnt to care others as it is a lesson for world to love you,and a Gateway of Happiness.

Welcome to a brand new world Readers :)

KOMPILASI KATA CINTA

Betapa romantis pelafaz kata cinta...
                Susunan kata-kata yang  bisa membawa ke alam fantasi....

Coretan pemililk cinta agung ....
                 Memberi harapan berupa realiti...
Segala yang sakit akan pergi...
                  Segala yang indah kian menghampiri...

Inspirasi terhadap setiap jiwa yang mati dan nafas buat  kekuatan ke alam realiti...

Cinta itu umpama benih asing di muka bumi...jika disiram akan terhasil nadi dan jika tidak layu yang pasti.

Alangkah indah dunia ini jika kita mengerti bahawasanya al-Quran itu lebih dari sekadar senaskah kitab keagamaan.
                  
                 "al-Quran itu kompilasi kata cinta dan itulah yang pasti"

Untuk siapa segala bicara-bicara indah ini?
                  * Untuk seluruh jiwa di muka bumi

Siapa pula pelafaz ayat-ayat ini?
                   *Tiada lain setanding denganNya,Dialah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tatkala kita berputus asa akan hidup ini,
                    *Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
                       (Surah al-Baqarah ,ayat 214)

Tatkala kita ragu akan kehidupan seterusnya,
                     *Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamaNya,maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan kurniaNya yakni syurga,dan menunjukkan mereka jalan yang lurus kepadaNya.
                        (Surah an-Nisa,ayat 175)

Tatkala kita berpaling dariNya,
                      *Katakanlah,"Wahai  hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dia-lah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang.
                         (Surah az-Zumar,ayat 53)

Siapakah di kalangan kita yang dicintai Allah?
                      *Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat.Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.
                          (Surah ali -Imran,ayat 148)
Dampingilah kompilasi ayat cinta ini kerana,
                       *Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran kepada hambaNya dan Dia tidak menjadikannya bengkok.
                        *sebagai bimbingan yang lurus,untuk memperingatkan akan siksa yang sangat pedih dari sisiNya dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan  kebajikan bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik
                         *mereka kekal di dalamnya untuk selamanya.
                          (Surah al-Kahf,ayat 1-3)

Semoga cinta kita untuk Allah tiada yang lebih dari itu :)
                     
                    

             

Wednesday, 2 January 2013

3 IN 1

Kehangatan 3 in 1 untuk semua...
                        Milo,Nescafe, atau Horlicks?

Musim sejuk,3 in 1,dan Malaysian...suatu lumrah alam,tetapi yang pasti  bukan keajaiban dunia.

3 in 1 yang mana dikatakan sebagai keajaiban dunia?
                       "3(Akal,Lisan,dan Perbuatan) in 1(Hati)"

Kehangatan hati dapat dilihat dari Ketajaman Akal,Kelembutan Lisan,dan Kematangan Tindakan(Perbuatan).

Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging.Jika baik ia maka baik seluruh jasad,dan jika rosak ia maka rosaklah seluruh jasad.Sesungguhnya itulah Hati
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pentingkah hati?
                                 *Sungguh,pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai Hati atau yang menggunakan pendengarannya,sedang dia menyaksikannya.
                                                                                                                                     (Surah Qaf,ayat 37)

Sejauh mana kehebatan hati?
                                  *Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu bertaqwa kepada Allah,nescahyaDia akan memberikan furqan(kemampuan membezakan antara yang hak dan batil) kepadamu dan Mengampuni dosa-dosa mu.Allah memiliki kurnia yang besar.
                                                                                                                                     (Surah al-Anfal,ayat29)

Adakah mudah untuk memperoleh hati yang tenteram?
                                  *Yaitu,orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
                                                                                                                                      (Surah ar-Ra'd,ayat 28)

Semoga 3  in 1 diri terus hangat mengingati Illahi :)

Tuesday, 1 January 2013

DILIHAT TIADA...DALAM JUA DIRASA

Lihatlah segala yamg mampu dilihat,
                  Hayatilah segala yang mampu dirasa.

Bismillahirahmanirahim.....Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

                   Bumi terdiri dari pelbagai unsur seperti tanah,api,air dan angin.
Manusia pula terdiri dari pelbagai elemen seperti carbon,oxygen,dan hydrogen.

Dari semua elemen dan unsur....hanya satu yang dapat dirasa tetapi dilihat tiada.

Bukankah elemen seperti carbon dan hydrogen juga tidak dapat dilihat?
                    Kewujudan mereka terbukti dapat dilihat menerusi rantaian ujikaji.

Jadi apa yang masih tinggal untuk dirasa tanpa dilihat?
                    Hanya satu, iaitu kasih sayang.

Bukalah satu khazanah keajaiban dunia dan bacalah.
                    Piramid dan taman tergantung babylon boleh dibuka....tetapi tidak mampu dibaca.
Bukankah itu juga khazanah dunia?

Ketahuilah bahawa itu adalah khazanah sementara lagi memperdaya.
                    Khazanah dunia dimana letaknya seribu satu rahsia langit dan bumi....
Yakni al-quran...mukjizat ulung sepanjang zaman.

Setiap permulaan ayat-ayat cinta dari  Yang Memiliki Cinta Abadi.....
                     Setiap satunya bermula dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Lihatlah betapa tingginya nilai kasih sayang...as the word goes,"the power of love".
                     Satu kunci kepada segala yang terkunci hanyalah kasih sayang.
Dianugerahkan Dari Allah pemilik Arasy kepada setiap pintu hati di muka bumi.

Hayatilah dan suburkanlah rasa kasih dan sayang ini kepada yang berhak memiliki.
                     Semoga Allah merahmati kalian semua :)

NEW YEAR GIFT FOR...HAWA

Hawa...begitu tinggi martabatnya dan nilainya di sisi Islam.
                2012 yang pergi tentu sekali tidak akan kembali dan 2013 menanti segala coretan memori.
                
                To all Ladies...this is a gift for you....

Masa terus berlalu pergi,kenangan jua dibawa diri.Sungguh pengalaman itu anugerah Allah buat hati-hati di muka bumi.

Saat kita merasakan tiada apa yg mampu melepaskan diri ini dari rintangan yang dihadapi,namun sehingga hari ini kita masih gagah berdiri.

Saat kita merelakan hati ini dimiliki selain dari Allah dan mereka yang berhak,di akhir perjalanan luka jua yang pasti.

Bukankah dunia ini realiti?
                                
                                                    *Syaitan memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka,walhal syaitan itu hanya menjanjikan tipu daya kepada mereka.

Jika diri ini tertipu jua?
       
                                                     *Mereka yang tertipu itu tempatnya di neraka jahannam dan mereka tidak akan mendapat tempat lain untuk lari darinya.

Jika hati ini terus beriman?

                                                      *Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan,kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Dan janji Allah itu benar.Siapakah yang lebih benar perkataanya daripada Allah?

Adakah ada sesuatu yang lebih dari sekadar realiti dunia ini?
         
                                                      *Pahala dari Allah itu bukanlah angan-anganmu dan bukan pula angan-angan ahli kitab.Barangsiapa mengerjakan kejahatan,nescahya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu,dan dia tidak akan mendapat pelindung dan penolong selain Allah.

#Surah an-Nisa'(ayat 120-123)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya wanita itu bukanlah hak milik,tetapi anugerah...

                                                        *Wahai orang-orang yang beriman!Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa,dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya,kecuali apabila mereka melakukan perbuatan yang keji dan nyata.Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang sepatutnya.Jika kamu tidak Menyukai mereka,maka Bersabarlah,kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,walhal Allah MENJADIKAN KEBAIKAN YANG BANYAK PADANYA.

#Surahan-Nisa'(ayat 19)