Bunyi yang sangat asing memenuhi segenap ruang....Segalanya begitu asing.
Kini aku di mana???Ku tanya hati...tiada jawab balas kedengaran.Ku bertanya pula kepada Matta,"Aku di mana?".Sebentar kemudian Matta tiba membawa berita.
Matta: Tahukah tuan bahawa berita yang hamba bawa tingginya melebihi puncak Ledang, luasnya pula merentasi lautan bintang-bintang.
Aku : Katakan sahaja wahai Matta,kita telah bersahabat lama,tempohnya sahaja melebihi 1000 kurun.
Matta : Jika itu yang tuan pinta...seluas pemandangan hamba relakan.Tuan kini berada di satu persinggahan yang likunya sahaja sejauh kaki ini mampu melangkah dan cabarannya pula sedalam melebihi segala kudrat untuk diselam.
Aku : Adakah ini persinggahan yang pernah dikunjungi pasangan dari syurga,yakni Adam dan Hawa.
Matta : Hamba ingin sekali menidakkannya,tetapi benar sekali tekaan tuan itu.
Detik pertama diriku bergelar saudagar di bumi yang asing ini.
Pantas sekali pesaingku masa berlari.Baginya penat dan berhenti itu tiada.
Suatu ketika setelah sekian lama tidak ku berbicara dengan temanku Matta...
Matta : Tuan,kelihatan kedatangan tuan sangat dialukan,sehingga ulang tahunnya dijadikan sambutan.
Aku : Barangkali,bonda Permaisuri dan Ayahanda Sultan yang terlalu berbesar hati.
Matta : Pastinya ini suatu yang istimewa wahai tuan...Lihat sahaja pada hidangan,hamba kira tidak cukup meja kesudahannya.Pemberian pula seperti tiada akhirnya.Apa yang pasti tetamunya dari kalangan kerabat sahaja.
Aku : Segalanya sangat baru bagiku...tanpa sahabatku Dimn,sukar untuk ku mengerti.
Mata : Usah khuatir tuan,hamba dan Rae pasti terus di sisi menyampai segala berita sepanjang majlis ini.
Hari keputeraanku yang pertama sebagai bakal pewaris takhta utama dari Ayahanda Sultan dan susur galur keturunan sebelumnya lagi berlangsung gilang-gemilang.Apa yang pasti,di usia ini,banyak yang tidak ku ketahui.Tampaknya seperti masih banyak untuk dipelajari.
Setelah hari itu,teman setiaku yakni Matta dan Rae telah berangkat untuk mempelajari ilmu-ilmu di bumi ini.
Aku : Matta,berangkatlah kamu ke luar dari kota ini demi kebaikan,dan sesungguhnya keadaan memaksa kita tanpa pilihan.
Matta : Menurut perintah tuan.Selagi tunggangan hamba ini terus melangkah,selagi itu tidak hamba pulang.Jauh sekali untuk berputus asa.
Aku : Pastikan kata-kata mu itu tidak terhakis ombak membadai pantai.Rae,jadilah pengiring setia Matta.Bersamanya kalian ,pasti manfaat jua yang diperoleh.
Rae : Telah jodoh kami untuk bersama,Tuan.Berjauhan pun tidak,apatah lagi berpisah,tentu sekali tiada wahai tuan.
Itulah kali terakhir aku bersama temanku yang berpasangan itu.Pastinya hari yang kami bersama nantikan akan tiba jua.
No comments:
Post a Comment