Permasalahan,tekanan,dan cabaran...
3 elemen ini merupakan teman setia saya sejak sekolah rendah lagi.Berbeza dengan teman sebaya yang lain,tahap kritikal 3 elemen ini berada pada paras yang tinggi buat saya.Pada awalnya,perkara ini sangat menjejaskan emosi diri tapi dengan izin Allah,adaptasi diri berkembang dengan sangat pantas.Hasilnya,pembinaan perwatakan diri berjalan mendahului usia diri.
Sejak dari kecil,saya banyak mempelajari permasalahan mereka yang lebih dewasa.Permasalahan mereka pastinya berpaksikan krisis terutamanya dalam perhubungan.Bagaimana saya boleh belajar?
Ditakdirkan oleh Allah sebagai anak dan cucu pertama dalam keluarga telah memaksa saya bekerja setara dengan generasi yang lebih dewasa.Pergaulan dan interaksi saya lebih tertumpu kepada mereka yang jauh lebih berusia.Apa topik yang mereka bicarakan,itulah juga topik saya.Sewaktu rakan seusia sibuk berbicara tentang animasi dan dunia fantasi mereka,saya telah sibuk bertanya tentang perkara dan cabang pemikiran yang lebih dewasa.
Seperti nukilan nusantara,
sebagaimana acuan,begitulah juga kuihnya.
Menerusi didikan Ayahanda ,Bonda dan juga mereka yang lebih dewasa,saya telah didedahkan dengan realiti dan cabaran kehidupan dunia masa kini.Inilah yang dikatakan sebagai subjek diri....Pengalaman dan didikan yang membina karakter individu.Hasilnya,saya lebih selesa berbual dan berinteraksi dengan mereka yang lebih berusia seperti setara dengan ibubapa atau kedua nenda tercinta.
Boleh saya katakan,sejujurnya,mereka yang seusia saya anggap sebagai adik atau anak berdasarkan tahap pemikiran dan penilaian mereka.Ada juga mereka yang seusia bergerak selari dengan saya meninggalkan angka usia jauh di belakang. Asas ini yang telah merencana diri sejak kecil lagi.
Apa antara yang telah ditakdirkan dan dianugerahkan Allah buat saya?
1)Disiplin diri : Kita boleh terus berbangga dan mengatakan kita lebih berdisiplin,tetapi sejauh mana dan itulah persoalan utama.
2)Kestabilan emosi : Terus terang di sini bahawa setelah banyak keperitan dan tekanan yang saya lalui,kestabilan emosi sangat setia menemani.
Banyak lagi yang telah saya pelajari secara sedar atau tidak sedar. Perkara pokoknya,kebanyakan manusia walau telah berusia masih tidak mampu membina kemampanan diri secara menyeluruh.Bagaimana hal ini terjadi?Ini kerana kita tidak membuka pintu hati untuk ,mempelajari dan menundukkan diri kepada Allah yang memiliki langit dan bumi.Segalanya milik Allah,jika kita sudi menerima,mempelajari,membuka pintu hati,dan mendampingi Allah,sekelip mata Dia boleh memberi.
Menerusi subjek diri,saya mempelajari subjek manusia.Ditakdirkan oleh Allah untuk menjejak kaki dan menimba pengalaman di Sekolah Berasrama Penuh sejak awal remaja lagi yakni seusai tamat Sekolah Rendah menjanjikan kejutan yang sangat menguji.
Jika di sekolah rendah subjek diri melebihi subjek manusia,di sini,keduanya bergerak hampir selari meskipun sememangnya subjek diri sentiasa melebihi.Sebelum ini saya banyak mempelajari dari mereka yang lebih dewasa,kini dari mereka yang seusia.Bagi saya,mereka yang dewasa adalah mereka yang lebih tua melebihi 15 tahun dari saya.Selain dari itu saya anggap sebagai seusia dengan saya.
Berbezanya disini,teman seusia masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan mereka sangat cenderung berbuat kesilapan.Dari kesilapan dan kelemahan mereka saya ambil,ubah suai dan terapkan dalam diri.Terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki ekoran kesilapan demi kesilapan yang membayangi memberi saya satu peluang dan alternatif untuk meningkatkan kualiti diri dan membina keupayaan diri.
Pembaca yang disegani,
sebenarnya segala ini saya sedari setelah satu jangka masa yang lama,yakni setelah tamat zaman persekolahan.Perkara yang menjadi penekanan disini adalah kemahuan kita untuk mempelajari!Pada zaman persekolahan mana mungkin saya tahu semua yang dilalui dan saya cuba pelajari membantu meningkatkan kualiti diri...
Pada waktu itu,saya mula belajar dari tindakan mereka terhadap diri yang tidak saya senangi dan tindakan sesama mereka yang tidak sebahagian mereka senangi.Pendek kata:
1)Tindakan negatif terhadap diri saya
2)Tindakan negatif terhadap teman mereka
Apa sebenarnya yang terjadi?Setiap perkara yang tidak saya dan juga individu lain senangi telah saya persoalkan dan saya bahaskan dalam diri...Seperti,"Tidak mungkin normal bagi manusia untuk membicarakan kata-kata keji"."Tidak mungkin manusia hanya pandai meminta,tetapi tidak memberi"."Tidak mungkin dengan perwatakan sebegini masyarakat akan harmoni".
Ramai yang sangka perkara ini permasalahan kecil,tetapi jika kita tidak mahu belajar dan membina diri,hasilnya:
1)Kakitangan syarikat dan perkhidmatan tidak menepati masa.Dalam hal ini,orang lain yang menjadi mangsa akibat kelalaian mereka.Sepatutnya,7.30 waktu bekerja,tetapi tidak,mereka sangka 7.30 waktu mereka perlu tiba.Dalam hal ini,jika 7.30 waktu bekerja,maka,pukul 7.00 sudah tiba.
2)Tenaga profesional yang 'profesional'.Sebagai contoh,doktor...hal ini antara yang heboh diperkata serata negara.Doktor pakar atau Doktor senior boleh bertindak sesuka hati ke atas doktor pelatih.Mereka boleh bertindak sesuka hati mereka sambil mencabuli hak asasi manusia seperti yang telah digariskan dalam "Declaration of PBB".
Cuba fikirkan mengapa ini terjadi?Ini hasil dari sikap negatif yang telah sebati sejak dari usia muda lagi.Sikap yang sudah sebati pasti sukar untuk dibuang dari diri.
Apa yang penting disini,bukan mereka,tetapi KITA.Jika kita tidak sukai sesuatu itu,tidak perlu kita mengeluh dan memaki....Kita hanya perlu senyum,bersyukur pada Ilahi,dan belajar agar kesilapan sama tidak berulang lagi.
Terdapat tiga langkah utama di situ:
1)Senyum
2)Bersykur pada ilahi
3)Belajar agar kesilapan yang sama tidak kita ulangi
Tetapi pembaca sekalian,realiti hari ini,termasuk kita,hanya pandai 'COMPLAIN'!Bukankah setiap yang terjadi tu rahmat dari Allah!
Inilah antara perkara yang saya pelajari pada usia muda.As the word says,"Action speak louder than word" and "less talk,more action".Quotes bukan satu kata azimat bagi saya,tetapi satu konklusi bagi setiap pengalaman sendiri.When I say it,I meant it.
Pasti masih ramai yang tidak mengerti bahawa setiap perkara di muka bumi ini adalah rahmat Allah.Sakit,kecewa,cedera,musibah dan sebagainya juga merupakan rahmat Allah jika kita belajar bersyukur dan berfikir.Sesungguhnya...
*Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?
(Surah ar-Rahman,ayat 16)
Janganlah kita mendustakan segala nikmat Allah.Walau perkara itu tidak kita sukai,sesungguhnya ia mungkin rahmat Allah cuma kita tidak mengerti.
Di dunia ini,tidak ramai yang mampu bersabar apabila diuji,tetapi lebih sedikit yang tidak mensyukuri nikmat Allah.
To be continue ....
No comments:
Post a Comment