Lihatlah segala yamg mampu dilihat,
Hayatilah segala yang mampu dirasa.
Bismillahirahmanirahim.....Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bumi terdiri dari pelbagai unsur seperti tanah,api,air dan angin.
Manusia pula terdiri dari pelbagai elemen seperti carbon,oxygen,dan hydrogen.
Dari semua elemen dan unsur....hanya satu yang dapat dirasa tetapi dilihat tiada.
Bukankah elemen seperti carbon dan hydrogen juga tidak dapat dilihat?
Kewujudan mereka terbukti dapat dilihat menerusi rantaian ujikaji.
Jadi apa yang masih tinggal untuk dirasa tanpa dilihat?
Hanya satu, iaitu kasih sayang.
Bukalah satu khazanah keajaiban dunia dan bacalah.
Piramid dan taman tergantung babylon boleh dibuka....tetapi tidak mampu dibaca.
Bukankah itu juga khazanah dunia?
Ketahuilah bahawa itu adalah khazanah sementara lagi memperdaya.
Khazanah dunia dimana letaknya seribu satu rahsia langit dan bumi....
Yakni al-quran...mukjizat ulung sepanjang zaman.
Setiap permulaan ayat-ayat cinta dari Yang Memiliki Cinta Abadi.....
Setiap satunya bermula dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Lihatlah betapa tingginya nilai kasih sayang...as the word goes,"the power of love".
Satu kunci kepada segala yang terkunci hanyalah kasih sayang.
Dianugerahkan Dari Allah pemilik Arasy kepada setiap pintu hati di muka bumi.
Hayatilah dan suburkanlah rasa kasih dan sayang ini kepada yang berhak memiliki.
Semoga Allah merahmati kalian semua :)
No comments:
Post a Comment