Hawa...begitu tinggi martabatnya dan nilainya di sisi Islam.
2012 yang pergi tentu sekali tidak akan kembali dan 2013 menanti segala coretan memori.
To all Ladies...this is a gift for you....
Masa terus berlalu pergi,kenangan jua dibawa diri.Sungguh pengalaman itu anugerah Allah buat hati-hati di muka bumi.
Saat kita merasakan tiada apa yg mampu melepaskan diri ini dari rintangan yang dihadapi,namun sehingga hari ini kita masih gagah berdiri.
Saat kita merelakan hati ini dimiliki selain dari Allah dan mereka yang berhak,di akhir perjalanan luka jua yang pasti.
Bukankah dunia ini realiti?
*Syaitan memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka,walhal syaitan itu hanya menjanjikan tipu daya kepada mereka.
Jika diri ini tertipu jua?
*Mereka yang tertipu itu tempatnya di neraka jahannam dan mereka tidak akan mendapat tempat lain untuk lari darinya.
Jika hati ini terus beriman?
*Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan,kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Dan janji Allah itu benar.Siapakah yang lebih benar perkataanya daripada Allah?
Adakah ada sesuatu yang lebih dari sekadar realiti dunia ini?
*Pahala dari Allah itu bukanlah angan-anganmu dan bukan pula angan-angan ahli kitab.Barangsiapa mengerjakan kejahatan,nescahya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu,dan dia tidak akan mendapat pelindung dan penolong selain Allah.
#Surah an-Nisa'(ayat 120-123)
Ketahuilah bahawa sesungguhnya wanita itu bukanlah hak milik,tetapi anugerah...
*Wahai orang-orang yang beriman!Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa,dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya,kecuali apabila mereka melakukan perbuatan yang keji dan nyata.Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang sepatutnya.Jika kamu tidak Menyukai mereka,maka Bersabarlah,kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,walhal Allah MENJADIKAN KEBAIKAN YANG BANYAK PADANYA.
#Surahan-Nisa'(ayat 19)
No comments:
Post a Comment