Manusia itu kita...
Diciptakan lemah sepanjang usia...
Jatuh dan bangun perkara biasa...
Jika kita menghargai nilai sebaris kata.
Situasi pertama:
*Saya seorang bapa,dan anda pembaca, merupakan anak saya.
Anak saya ini sering bergaduh dengan saudaranya. Teguran harus dilaksana,tetapi soalnya bagaimana?
1)Dad : Stop fighting,hating, and arguing with your brother.
@
2)Dad : You should love your brother dear.
#Kedua-duanya membawa satu tujuan yang serupa....iaitu,"Berhenti Bergaduh".Tetapi mesejnya jelas berbeza.
#Ayat pertama merupakan ayat negatif dan ayat kedua merupakan ayat positif.
Situasi kedua :
*Anda pembaca pula seorang bapa,dan saya sebagai anak.
Bapa saya seorang yang melaksana dosa.
Nasihat harus disegera,tetapi soalnya bagaimana.
1)Child : Thats a sin and God dislike it dad.You should leave it.
@
2)Child : God love you daddy.Lets pray together.
#Kedua-duanya membawa satu tujuan yang sama...iaitu,"Bertaubatlah!".Tetapi mesej yang dibawa,cukup berbeza.
Situasi ketiga :
*Anda seorang warga emas,dan saya seorang remaja.
Saya membantu anda dan anda berkata bahawa anda tiada apa untuk diberi.
Apa yang sewajarnya dijawab sebagai remaja?
1) Remaja : Saya tidak mengharap apa-apa.
@
2) Remaja : Terubat rindu terhadap ibu saya dengan membantu makcik.
Situasi keempat :
*Saya seorang yang berjaya,pembaca pula seorang yang sederhana.
Anda mengkaguminya dan pantas memuji.
Apa pula yang harus saya perkata?
1)Berjaya : Jangan berputus asa untuk berusaha.
@
2)Berjaya : Teruskan usaha kerana kejayaan itu milik kita semua.
#Cuba pembaca fahami antara ayat 1 dan 2.Ayat 1 merupakan ayat negatif dan ayat 2 pula ayat positif.
#Bukankah maksud dan tujuannya sama sahaja...
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti.Allah Maha Kaya,Maha Penyantun.(Surah al-Baqarah,ayat 263)
Memetik garapan blog dari seorang yang cukup saya kenali,:
* View the world from different angle,because it is a Sphere.
Sampaikan mesej yang sama,tetapi dengan susunan kata yang berbeza.
Inilah yang dikata,Nilai Sebaris Kata...Dilihat serupa,tetapi nilainya cukup berbeza.
Ketahuilah bahawa...
Sesiapa yang beriman kepada Allah,harusla dia berkata yang baik atau diam.(Riwayat Abu Hurairah,Abu Syuraih)
Benarkah kata-kata itu bernilai dan perlu dijaga?
Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu mencatat.(Surah Qaf,ayat 18)
*Nasihat itu suatu yang baik dan membina jika kata-kata yang diguna tinggi nilainya,Nasihat suatu yang sia-sia jika kasar tutur bicara.
*Nasihat itu suatu dakwah,tetapi caranya harus diketahui.Jangan nasihat yang disangka dakwah berubah menjadi nasihat yang mencemar dakwah.
Semoga Allah memelihara tutur bicara kita untuk dunia yang lebih ceria :)
No comments:
Post a Comment