Powered By Blogger

Tuesday, 8 January 2013

SETEGUK SIRAP,SESUAP KUSHARI

Sirap...
               Minuman yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.Dari rumah terbuka hingga ke majlis perkahwinan,air sirap pasti tersedia.Jika berkunjung pada hari raya,tidak banyak,satu rumah pasti sirap jua yang disedia.Warna merahnya sahaja cukup  untuk mengalih perhatian kita,apatah lagi rasanya.

Kushari...
                    Makanan yang lazimnya dihidangkan di dalam mangkuk semasa masih panas,khas dari dapur.Campuran nasi,makaroni,kekacang,kacang kuda dan bawang goreng menjadi makanan popular rakyat Mesir dan juga dianggap sebagai makanan kebangsaan.Berkunjung ke Mesir tanpa merasa Kushari pasti rugi semata.

Memetik kata pujangga,
                                                 Ilmu tanpa amal,umpama pohon tanpa buah.

Pengalaman mengajar kita banyak perkara dari membilang dan mengeja sehinggalah membina dan mencipta.Perkongsian pengalaman itu insyaAllah memberi manfaat kepada seisi dunia.Jika hari ini kita seorang Angkasawan yang ternama,jika hari ini kita Jurutera yang pintar mencipta,jika hari ini kita pejuang agama,bangsa,dan negara,semuanya bermula dari pengalaman seorang guru biasa.

Dengan pengalaman barulah hidup ini mudahnya dirasa dan manisnya dikongsi bersama...

                        Sebagai manusia biasa,kita semua mempunyai sejarah,latar belakang,dan pengalaman yang berbeza...Dan ini kisah saya...

                       Sebagai insan biasa,saya juga dilahirkan bersama cita-cita...masa berlalu begitu pantas dan sebagai pengembara masa,semuanya yang dilalui dan akan dilalui suatu yang sangat bermakna.

                       Dahulu saya merasa bahawa kadangkala takdir dan ketentuan sukar diterima namun setelah sekian lama,barulah diri ini mengerti bahawa "Things happen for reason,and learn to view this world from various angle".

                        Ditakdirkan untuk sentiasa mengembara sepenuh masa telah mempertemukan saya dengan 1001 insan yang berbeza.Antaranya,mereka yang saya temui dari kalangan yang berusia tetapi tindakan dan keputusan mereka masih mentah.Tetapi ada pula yang saya temui,usianya muda,namun kematangan mereka jelas terserlah.Sebagai konklusi,"Usia bukan pengukur buat kematangan seseorang,tetapi keputusan dan tindakanlah yang menjelaskan keadaan".Itulah antara kata-kata seorang dari pendidik saya yang saya amat kagumi.

                        Membesar bersama mereka yang berbeza latar belakang,budaya dan agama merupakan suatu yang sangat bermakna kerana masa-masa bersama mereka telah mengajar saya untuk berfikir dan mencapai satu konklusi penyelesaian.

                        Ada antara manusia sering bertanya kepada seseorang yang mereka kagumi siapa pendidik mereka tetapi percayalah,sebaik-baik pendidik ialah Allah yang Maha Bijaksana.Segala yang saya tempuhi pada usia muda boleh saya katakan tarbiyyah secara langsung dari Allah dan begitu juga dengan kita semua.

                        "Things happen for reason,and learn to view this world from various angle".Pasti ada yang telah ketawa pada awalnya dengan berkata...'Thats basic,and everyone knows it'.Percayalah kata-kata saya bahawa ramai yang MENGETAHUI(Tinggi Ilmunya) tetapi sedikit sekali yang memahami.

                        Kayu pengukur bagi kesimpulan tersebut adalah apabila dunia ini sangat aman untuk didiami maka pada ketika itu barulah ramai yang telah memahami.Untuk menguji,saya bawakan satu contoh...

                         *Kita melintasi padang bola dan ketika itu azan maghrib sedang berkumandang.Kita melihat seorang remaja bersama temannya baru sahaja hendak pulang...

1)Tanggapan awal kalian pastinya terdetik bahawa,"Remaja zaman sekarang,apa nak jadi,main sampai leka tentang kewajiban terhadap Allah".

2)Tetapi berapa ramai sahaja yang akan berkata bahawa,"Kemungkinan remaja-remaja ini lewat disebabkan majlis ilmu dalam kalangan mereka".

#Pasti para pembaca tidak akan percaya dan sekerasnya menidakkan kata-kata itu.Percayalah,kerana saya pernah berada di tempat  remaja itu.

Situasi sebenarnya...setelah sesudah bermain beberapa teman yang lebih muda telah bertanya dan ingin berbincang tentang beberapa perkara dalam agama bersama saya.Setelah seketika 'terleka',azan pun berkumandang dan kami terus pulang.

SOALNYA,bagaimana saya tahu apa yang masyarakat fikirkan di minda mereka?Bukankah tidak baik untuk bersangka buruk?
*Dengan izin Allah,saya telah disergah dengan kasar kerana peristiwa itu dan hasilnya barulah saya ketahui bahawa rata-rata antara kita memang berfikiran demikian hasil beberapa tinjaun setelah itu.

Dan pastinya ramai dalam kalangan pembaca,jarang sekali atau tidak langsung terdetik tentang kata-kata yang  kedua =  (2).Jadi sudah terbukti bukan,bahawa ramai yang Mengetahui,tetapi sedikit sekali yang Memahami.

*Bacalah,dan Tuhan-mulah Yang Maha Mulia.
*Yang mengajar(manusia) dengan pena.
*Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
*Sekali-kali tidak!Sungguh ,manusia itu benar-benar melampaui batas.

(Surah al-Alaq,ayat 3-6)

#To Be Continue... :)

No comments:

Post a Comment