Meniti usia remaja suatu perjalanan yang sangat indah...
Perjalanan yang pasti kemas dalam lipatan memori...
Segala puji bagi Allah,Tuhan pemilik seluruh alam...
Menempuhi alam menengah selama setengah dekad memberi pengalaman yang berbeza.Disini telah mendedahkan saya dengan tingkahlaku manusia.Ini suatu cabang ilmu yang sangat tinggi nilainya.Sehingga ke hari ini,penafsiran tentang manusia masih banyak belum saya terokai.
Kita kadangkala lebih selesa untuk hidup sendiri tanpa dibayangi masyarakat,walhal itu antara sifat mereka yang rugi.Ada di kalangan kita yang lebih cenderung berteman buku berbanding mengikuti aktiviti atau program bersama masyarakat setempat dan ada juga yang tidak merasakan faedah meluangkan masa sesama teman...Rugilah kita jika kita tergolong dalam kalangan mereka.
Jika kita mengikuti dan meluangkan masa untuk program atau aktiviti bersama qariah(Jiran,Rakan Seperjuangan,Keluarga) apa pula faedahnya?
*Wahai manusia!Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu(Adam),dan Allah menciptakan pasangannya(Hawa) dari dirinya,dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta,dan peliharalah hubungan kekeluargaan.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.
(Surah an-Nisa',ayat 1)
Lihatlah betapa tinggi nilai persaudaraan di sisi Allah.Apabila kita bertemu dan berpeluang atau terpaksa melusngkan masa bersama manusia,bersyukurlah kerana itu adalah nikmat dan ilmu kurniaan Allah.Apa yang sewajarnya tindakan kita?
1)Perhatikan seluruh tingkahlaku dan percakapan sesama kita
2)Fikir dan nilaikan tahap rasional setiap sesuatu itu.
3)Adaptasikan seluruhnya untuk diri kita (Buang yang keruh,Ambil yang jernih)
Sesungguhnya kesemua kita melalui zaman persekolahan,tetapi manfaat dalam bentuk apa yang kita peroleh.Adakah maksima tahap pembelajaran kita?
Pengalaman berada di bawah telah banyak mengajar saya untuk mengenali dan memahami hati manusia yang berbeza-beza.As the word says ,"Experience is the best teacher".Peluang dan nikmat yang Allah berikan kepada saya merupakan sesuatu yang lebih tinggi nilainya dari segala matawang dunia.
Walaupun berada di bawah merendahkan 'martabat' kita di mata manusia,namun ketahuilah setiap yang terjadi itu ada hikmahnya dan sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Pengalaman ini membuka satu dimensi baru dalam hidup saya.Peluang merasakan sendiri perasaan mereka yang di bawah telah membuka mata saya tentang realiti dunia ini.Baik dari segi akademik mahupun soal hati dan perasaan.
Apabila sesuatu kata-kata atau keputusan dari saya pastinya ia berdasarkan pengalaman yang telah dilalui.Setengah perkara yang rugi di mata manusia,merupakan suatu yang menguntungkan jika kita mengerti.
Bagaimana kita mampu mendidik murid?
Sebenarnya pada perkiraan saya,bukan setakat ilmu,tetapi pengalaman.
Perlukah pengalaman bekerja selama 20 tahun atau 30 tahun?
Pengalaman itu telah dianugerahkan Allah kepada kita semua,cuma sedikit sekali mereka yang hendak mengambil pelajaran.Segala di sekeliling kita itu ilmu...buka pintu hati kita buat Allah agar dengan izinNya,banyak yang dapat kita pelajari.Konklusinya,walau tanpa pengalaman bekerja,kita mampu mebina kerjaya yang mampan berdasarkan sekian lama perjalanan kita di muka bumi ini.
Apa itu usia?
Ramai yang terus tertipu dengan angka yang dikatakan usia.Sebenarnya dinding usia ini yang telah membataskan minda,pemikiran dan tindakan kita.Usia hanya satu pengukur yang sementara tanpa ada nilainya.
Apa itu kematangan?
Inilah kayu pengukur buat diri setiap manusia di muka bumi.
Ramai manusia yang hanya tersedar bahawa kematian itu telah hampir apabila usia telah lanjut dan pada waktu itu barulah sibuk untuk mula beribadah dan mengenal Allah?Apakah semua permainan ini?Tatkala tidak berdaya baru mula mengenal pencipta?
Usia remaja seharusnya menjadi satu usia di mana kita telah bersedia dan mengerti hala tuju kehidupan ini.Usia remaja sewajarnya menjadi usia untuk kita aplikasikan segala yang telah kita pelajari.
Tetapi kita belum habis universiti?
Ilmu itu milik Allah dan jika kita serahkan diri kita...Allah pasti membimbing kita ke jalanNya yang lurus. “Dan telah Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (an-Nahl: 89)
Lihatlah betapa hebatnya ilmu di dalam al-Quran dan tingginya Kekuasaan dan Pengetahuan Allah.
Renungkan kisah Ibnu Sina...
Nama lengkap Ibnu Sina adalah Abu Ali Husain Ibnu Abdillah Ibn Sina. Dalam dunia Barat beliau dikenal dengan nama Avvicenna.[2] Beliau lahir pada bulan Shafar 370 H/Agustus 980 M di Ifsyina (negeri kecil dekat Charmitan)[3], suatu tempat dekat Bukhara.[4] Orang tuanya adalah pegawai tinggi dalam pemerintahan Dinasti Saman.[5]Beliau dibesarkan di Bukharaia serta belajar falsafah kedoktoran dan ilmu-ilmu agama Islam. Ketika berusia sepuluh tahun,beliau telah banyak mempelajari ilmu agama Islam dan berjaya menghafal Al-Qur’an.[6] Dari Abu Abdellah Natili, Ibnu Sina mendapat bimbingan mengenai ilmu logika untuk mempelajari buku Isagoge dan Porphyry, Eucliddan Al-MagestPtolemus. Setelah itu,beliau mendalami ilmu agama dan metafizik Plato dan Arsitoteles.Dengan kecerdasannya,beliau banyak mempelajari filsafat dan cabang-cabangnya, beliau berjayamemahami metafizik milik Arisstoteles, ketika ia membaca Agradhu kitab ma waraet thabie’ah li Aristho -nya Al-Farabi.[7] Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada Isa bin Yahya, seorang Masehi. Meskipun secara teori beliau belum matang, tetapi beliau banyak melakukan keberhasilan dalam mengubatiorang-orang sakit.[8] Beliau tidak pernah bosan atau gelisah dalam membaca buku-buku filsafat dan setiap kali menghadapi kesulitan, maka beliau memohon kepada Tuhan agar diberikan petunjuk, maka didalam tidurnya itu Tuhan memberikan penyelesaian terhadap kesulitan-kesulitan yang dihadapinya.[9] Setelah bermur 17 tahun ,beliau telah dikenali sebagai DOKTOR dan atas panggilan Istana,beliau pernah mengubati pangeran Nuh Ibnu Mansur sehingga pulih kembali kesihatannya. Sejak itu, Ibnu Sina mendapat akses untuk mengunjungi perpustakaan istanayang terlengkap iaitu Kutub Khana.[10] Perpustakaan tersebut terbakar dan orang-orang menuduh Ibn Sina sengaja membakarnya, agar orang lain tidak lagi berpeluang mengambil manfaat dari perpustakaan itu.[11]
Pernah diperkatakan bahawa Ibnu Sina mampu mengetahui apa tersirat di dalam badan manusia tanpa perlu membedah atau menjalankan proses X-ray.Bagaimana beliau mempunyai kelebihan ini?Adakah ini yang dikatakan manusia 1 dalam 1,000,000?
Ketahuilah bahawa sesungguhnya segala perkara dari Allah jua...
: “Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.” Surat Hud, ayat 92
Pembaca sekalian...marilah kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita buat Allah...dan kejarlah cinta Allah kerana inilah Cinta Teragung.
To be continue... :)
No comments:
Post a Comment