Kehangatan 3 in 1 untuk semua...
Milo,Nescafe, atau Horlicks?
Musim sejuk,3 in 1,dan Malaysian...suatu lumrah alam,tetapi yang pasti bukan keajaiban dunia.
3 in 1 yang mana dikatakan sebagai keajaiban dunia?
"3(Akal,Lisan,dan Perbuatan) in 1(Hati)"
Kehangatan hati dapat dilihat dari Ketajaman Akal,Kelembutan Lisan,dan Kematangan Tindakan(Perbuatan).
Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging.Jika baik ia maka baik seluruh jasad,dan jika rosak ia maka rosaklah seluruh jasad.Sesungguhnya itulah Hati
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pentingkah hati?
*Sungguh,pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai Hati atau yang menggunakan pendengarannya,sedang dia menyaksikannya.
(Surah Qaf,ayat 37)
Sejauh mana kehebatan hati?
*Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu bertaqwa kepada Allah,nescahyaDia akan memberikan furqan(kemampuan membezakan antara yang hak dan batil) kepadamu dan Mengampuni dosa-dosa mu.Allah memiliki kurnia yang besar.
(Surah al-Anfal,ayat29)
Adakah mudah untuk memperoleh hati yang tenteram?
*Yaitu,orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
(Surah ar-Ra'd,ayat 28)
Semoga 3 in 1 diri terus hangat mengingati Illahi :)
No comments:
Post a Comment