Zaman persekolahan...
Lebih dari satu dekad di bangku sekolah menjadi satu wadah yang membina diri.Bermulanya alam sekolah rendah...
Selain dari 5 matapelajaran yang diperkenal menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR),subjek-subjek tentang diri,manusia(diri,keluarga,rakan,guru,dan masyarakat) turut dipelajari secara tidak langsung 24 jam sehari selama 6 tahun.
Skop subjek tentang Diri merupakan asas untuk menguasai subjek tentang Manusia.Sebagai insan pertama untuk generasi di dalam keluarga asas dan keluarga kembangan telah menjanjikan satu laluan dan pengalaman yang cukup berbeza.Siapa yang merancang segala usaha yang begitu tepat dan terperinci ini?Segala pujian buat Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
*Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya,tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak Diketahui-Nya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering ,yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuzh).
(Surah al-An'am,ayat 59).
Ya Allah sesungguhnya kami berserah diri kepada ketentuan Mu ya Allah...
*Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik baik bagi mu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Baqarah,ayat 216)
Setelah sampai ke hari ini,saya bukan sahaja cuba mempelajari sesuatu yang baru,tetapi turut mempelajari dan memahami masa silam saya kerana dahulu saya telah melaluinya tetapi tidak berupaya untuk memahaminya.
Subjek Diri...
Pada era sekolah rendah,subjek Diri banyak saya pelajari secara langsung dan tidak langsung dari Ibu dan Bapa juga dari persekitaran.Saya boleh katakan bahawa tempoh pembelajaran saya ini tidak serupa dengan kebanyakan orang.Ibu yang telah banyak menerapkan pengajaran secara teori dan bapa pula secara amali.
Sepanjang zaman sekolah rendah,mereka merupakan teman saya yang paling akrab,sebahagian besar dari masa saya adalah bersama mereka.Didikan yang mereka terapkan secara sengaja atau tidak(pemerhatian dan pemikiran sendiri) memberi satu asas yang kukuh untuk saya mempelajari subjek Manusia pula.
Apa yang telah saya lalui ketika itu mengambil tempoh lebih dari sedekad untuk saya fahami.Sesungguhnya ketentuan Allah itu sangat teliti.Segala puji buat Allah tuhan seluruh alam.
Antara yang saya sedari,didikan mereka itu berjaya memmbentuk asas kestabilan hati,emosi,dan jasmani.Semua itu hanya kerana izin dan belas kasih Allah yang Maha Penyayang.
Antaranya: 1)Walaupun rumah kami akan dikemas oleh pembantu rumah,tetapi kebanyakan urusan masih dilakukan sendiri.Tugas saya terhadap diri sendiri dan juga keluarga.Alhamdulillah banyak yang saya pelajari kerana dalam pemerhatian saya,hanya saya yang berpeluang merasai pengalaman ini sedangkan adik sendiri yang beza umur tidak begitu jauh tidak berpeluang.
2)Saya akan dilatih kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu saintifik.Adik saya juga begitu,namun corak pengajaran dan penekanan itu sangat berbeza.Hukuman terhadap kesalahan yang saya lakukan,saya tidak yakin pembaca semua sanggup merasakannya.
*Pasti ada pembaca merasakan bahawa wujud pilih kasih atau penderaan,tetapi percayalah,sangkaan itu sangat tidak tepat kerana hubungan kami(anak) dan ibubapa lebih akrab dari teman-teman.Boleh saya katakan sehingga kami tidak langsung menaruh terhadap apa yang kebanyakan orang membicarakan sebagai 'Best Friend'.Come on!Our best friends are our Parents.
Tetapi contoh di atas hanya didikan yang telah ibubapa saya rancangkan.Itu boleh saya katakan hanya sebahagian kecil dari pembelajaran.Kebanyakannya dari tindakan yang mereka tidak sengajakan.Dari situ ,baru saya faham bahawa Allah merupakan sebaik penentu,alhamdulillah.Perkara yang tidak dirancang selalunya datang dalam bentuk yang menyakitkan dan ketahuilah bahawa perkara itu tetap akan terjadi....Yang membezakannya sama ada kita berfikir dan belajar darinya atau tidak...
* Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu mempergunakan akal?(QS Al An'am: 32)
* Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".(QS As Syu'araa': 28)
Perkara yang tidak dirancang sangat menyakitkan dan juga mampu membuatkan kita mempersoalkan ketetapan Allah,namun berfikirlah tentang manfaat dari ketetapan itu.Jika kita terus berfikir kita akan mempelajari tetapi jika kita hanya menyalahkan takdir,kita akan tetap sedih juga kerugian ilmu dalam bentuk pengajaran.
*Keep smiling....to be continue... :)
No comments:
Post a Comment